Saturday, December 31, 2011

Good bye 11 and Welcome 12

Salam,


Tahun 2011 menunggu saat untuk berlalu dan menjadi kenangan. Tapi banyak ke kenangan yang ada ataupun dah lupa apa yang berlaku. Kalau nak list down macam tak banyak mana pun. Saya rasa itulah yang bagusnya.. menunjukkan saya tak ada masalah besar yang dihadapi sepanjang 2011. 
Selalunya kalau ada peristiwa besar dan yang pahit sahaja yang melekat dalam ingatan..betul tak?

Alhamdulilah semua perkara sepanjang 2011 dilalui dengan sempurna, kira saya boleh managed kehidupan saya dengan baik lah... kalau cikgu nak ukur tahap pencapaian, saya rasa Ok lah... dapat paling tinggipun B+. emmmm... jadi banyak ruang untuk memperbaiki diri lagi.

Saya selalu juga terfikir, adakah nikmat yang kita ada hari ini boleh kita nikmati selamanya. Contohnya kalau pokok yang dekat tepi tingkap dapur ni masih ada di situ besok atau tumbang di tiup angin atau pokok itu masih ada tapi saya pulak yang sudah kemana!!!!!... jadi the morale of the story bersyukur lah apa saja yang kita kecapi hari ni...dan nikmati hari2 yang mendatang sebaik mungkin bak kata orang Life is too short.

Dibawah adalah gambar2 yang saya ambil sebagai kenangan 2011 manalah tahu pada tahun 2012 senario & landskapnya berubah atas sebab2 tertentu pula.


Snow yang turun pada 2011 agak tebal, begini lah rupanya rumah kami selepas snowstorm. Cantik kan...



Matahari memancar terang tapi sejuk giler

 

Semasa snowstorm melanda

Pokok dan pintu masuk depan covered with snow

kalau tahun 2011 setebal ni.. bagaimana pula 2012?

Ice dripping dari bumbung.. boleh jadi langsir.
 Betapa bertuahnya orang yang tinggal di negara 4 musim, landskap akan berubah2 setiap 3 bulan sekali. Ini pula gambar di musim panas... cuaca terang... hidup lebih ceria..



 


 







Bila musim panas berlalu, suhu yang panas akan perlahan-lahan berkurangan dan menjadi sejuk. Daun2 yang menghijau akan bertukar warna kepada brown, yellow, red, orange mengikut jenis pokok. Kombinasi warna2 tersebut menjadi suasana alam amat cantik.
Cuba lihat gambar2 yang saya abadikan dibawah:



















Itulah yang saya katakan, perubahan cuaca amat mempengaruhi kejadian alam. Terpegun akan kebesaran yang berkuasa.


Harap2 apa yang saya nikmati hari ini dapat juga dirasai untuk beberapa generasi yang akan datang.. doakan dunia ini aman makmur hendaknya. 


Tik.. tok... tik... tok...Selamat Tahun Baru!!!!!!....


Marsha

No comments:

Post a Comment