Saturday, March 24, 2012

MIT - Massachusetts Institute Technology

Salam,


Boston ini dikenali juga sebagai Education Hub. Jadi kalau kita tengok setiap sudut bangunan ataupun jalan, kita dapat lihat berbagai bentuk ilmu yang boleh ditimba bagi sesiapa yang berminat.


Kalau dilihat penduduk disini banyak perbezaannya berbanding dengan bandar-bandar lain. Iyalah kan mereka-mereka ini kebanyakkan nya golongan-golongan terpelajar jadi cara mereka amat berlainan.


Diantara Universities dan colleges yang terkenal di Boston ini adalah MIT dan Harvard... alangkah bagusnya kalau ada diantara saudara-mara atau anak saya berpeluang belajar di sini.


Charles River, Boston.
 MIT ini betul-betul mengadap Charles river. Jadi banyak aktiviti yang ada disini. Ada yang jogging, main bola, cycling, roller blading dan macam-macam lagi. Itu sebabnya saya suka tengok orang-orang Boston ni, jarang saya nampak yang overweight ataupun obese.

Main bola
Roller Blading
Jogging
Cycling
MIT - entrance from Massachusetts Ave
Gambar-gambar disini saya ambil ketika menunggu Shahmir habis class. Tahun ini dan tahun depan amat penting untuk Shahmir.. dia kenalah belajar rajin sikit kalau berhajat nak melanjutkan pelajaran ke sini. Ini kira warm-up time bagi dia lah... saya enroll dia disini untuk class SAT. Sekurang-kurang nya bagi lah exposure sikit, manalah tahu terbuka hati nya dan menambahkan semangat dia untuk tekun belajar.

Itulah yang selalu orang kata... ibubapa aje yang berangan-angan lebih...anak-anak relax aje. Agaknya begitulah masa zaman persekolahan saya dulu...emak selalu nasihat macam-macam, saya tak dapat nak faham... nasib baik juga akhirnya dapat juga segulung ijazah dari IPTA.

 

 
Bangunan ala Dr.Suess...colorful dan cantik

Modern



Selepas 3 jam menunggu, Shahmir habis class 5pm... jadi other-half kata ok lah kita belikan dia tuna sandwish... Shahmir ni suka betul dengan makanan  western... bagi motivation sikit kat dia... 

Marsha

Wednesday, March 21, 2012

Ramlah's Birthday

Salam,


Harijadi Ramlah yang lalu diraikan disebuah restaurant Italy di Boston. Jadi kami semua jadi Italian lah malam tu. Apa lagi pasta sudah mesti.. hmmmm... enak sekali.



Kami berkumpul di rumah saya di Newton, dan semua parking kereta masing-masing di Newton dan ke Boston downtown dengan sebuah kereta aje... yang jadi mangsa kereta Honda Pilot birthday girl lah...jadi senang. 


Semua ahli jemaah ada 7 orang... selalunya korum seramai 10 orang tapi... 2 dah balik Malaysia dan seorang outstation. 



Walaupun perut dah kenyang, perkena kopi Hang Tuah sudah mesti. Mike pastry jadi desserts kami malam itu.


Bergambar kenangan diruang tamu rumah saya.
 Lihatlah aksi-aksi kawan-kawan ku ini...









Perut kenyang, senang hati,
Bila-bila senang, kita pergi makan lagi.


Marsha





Tuesday, March 20, 2012

High-tea treats

Salam,


Mendapat panggilan, rupanya Kak Tini. Dia minta dibuatkan beberapa jenis desserts untuk jamuan minum petang bagi tetamu kehormat dari Malaysia. Jamuan itu nanti akan diadakan di New Jersey yang juga dihadiri oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada disekitarnya.


Kehadiran Datin Seri Rosmah bersama wakil-wakil Bakti dan juga pelajar-pelajar PERMATA. Persembahan anak-anak PERMATA amat mengkagumkan. Saya sempat lah juga tengok persembahan mereka ketika mereka membuat persembahan di Pejabat wakil-wakil tetap Malaysia di New York.


Kak Tini meminta saya menyediakan Cupcakes, Strawberry Dip dan Decorated Sugar Cube.


Emmmm.....fikir punya fikir saya akan buatkan 3 jenis cupcakes; Butter cupcakes with buttercream frosting, chocolate cupcakes with chocolate buttercream frosting dan red velvet cupcakes with cream cheese frosting.


Inilah hasilnya: tak sempat nak ambil gambar individual.. dari dalam kotak pun jadilah. 


 
Butter Cupcakes with buttercream frosting

Chocolate cupcakes with swirl butter/chocolate frosting.

Redvelvet Cupcakes with Cream cheese frosting.

 Beberapa hari sebelum tu, rasa macam nak beli aje Strawberry tapi takut pulak tak fresh bila sampai hari nya. Jadi other half kata beli aje di Costco selalunya ada dan fresh.. tapi kalau tak ada beli di Star Supermarket yang dekat rumah ni. Strawberry Dip yang dicadangkan ialah bentuk tuxedo. Payah juga ni....tengok-tengok juga lah U-tube, cara-cara membuatnya. Bukannya apa kadang-kadang lain orang lain pula caranya... jadi kenalah cari yang mudah dan cantik.


Taraaaaa..... ini lah dia Strawberry Dip saya......


 

Fresh, sweet and juicy Strawberries... heaven...


First Coating: white chocolate

Second Coating: milk Chocolate
Final: add  bow and button.


Decorated sugar cube ada lah favorite saya, ianya tersangatlah comel. Bayangkan sugar cube yang comel-lote tu di decoratekan, bertambah lah comelnya. Saya pipekan bunga yang diperbuat dari royal icing. 


 









Date line pukul 5 petang, tapi terlajak ke pukul 6 petang. Kebetulan Ramlah pun kena assigned buat crumble apple dan pengedil daging. Snow pulak turun agak lebat. Kami ambil Kak Sairah dulu sebelum ke delivered destination. Jangan main-main jauh tu Hardford, Connecticut. Abg Azahari pula datang dari Manhanttan..he...he...he..dugaan.. tapi Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. traffic smooth sekali. tepat 10:10 pm, kami sudah pun sampai semula di rumah no 10 Newton.... excellent...


Lamb beryani sudah pun menunggu di atas meja... baru terasa lapar selepas seharian tak makan hanya beralaskan roti canai breakfast aje..terimakasih banyak lah... other half!!!.


Marsha


Thursday, March 8, 2012

Winter yang tak menjadi..

Salam,


Post yang lalu saya katakan, winter kali ni malu-malu. Snow pun tak banyak lebih kurang 4 kali aje. Itu pun bercampur dengan hujan.. orang kali wet snow.


Bagus juga, kalau snow tebal, anak-anak kena mengharung snow yang tebal bila pulang dari sekolah. Lebih-lebih lagi mereka akan melalui kawasan hutan dibelakang kawasan perumahan orang kaya... siapa pula nak shovel disitukan.


Walaubagaimanapun senario persekitaran bagi saya masih cantik dengan pokok-pokok yang mempunyai dahan-dahan dan ranting-ranting yang unik.


Saya abadikan permandangan yang cantik ketika matahari terbit dan terbenam memancar kearah pokok-pokok yang togel ni. Ia bagi saya amat cantik dan mendamaikan.


Sunset: sepanjang Charles river. 

 


Sunrise: sepanjang Charles River menghadap Boston City.

 
 

 Sunset: gambar diatas saya ambil dari dalam Museum of Science.






Sunrise: Dahan yang Unik.





 

Sunrise: Boston Common

Sunrise: 

 

Saya amat suka gambar diatas, saya snap ketika matahari naik disekitar kawasan perumahan Brookline. Rumah disini memang besar dan cantik juga classic. Selalunya selepas hantar Shahmir ke Brookline High School untuk latihan Marathon, saya tak melepaskan peluang mengambil gambar rumah-rumah yang cantik ini.

Sunrise: ketika dlm perjalanan ke Wretham







Sunrise: pokok yang cantik

Sunrise: Boston College Resevoir.

Saat-saat begini hanya boleh dirakamkan sekali sahaja. Bulan depan iaitu March, pokok-pokok ini akan berubah bentuk kerana datangnya Musim Bunga. Ranting-ranting ini akan dipenuhi dengan bunga-bungaan pelbagai warna dan bentuk yang amat cantik pula... SubhanaAllah... tuhan maha besar.. tak jemu hidup dinegara orang yang mempunyai empat musim..

Marsha