Friday, December 9, 2011

Brunch with friends

Salam,


Saya kerap menjemput kawan2 yang rapat ke rumah untuk bersarapan. Selalunya saya akan buat pada weekday sebabnya kalau weekend saya atau kawan2 sudah tentu lebih memerlukan masa bersama dengan keluarga. 


Iyalah kan kadang2 tu , weekend lah masanya nak shopping atau membeli keperluan rumah juga nak bereadah bersama keluarga.


Fikir punya fikir, kali ni saya nak buat nasi lemak dan mee/beehoon soto tulang.
Theme nya pula warna pink... saya pun apa lagi gunakan ilmu yang sedikit ini, lipat2 tissue paper untuk alas glass.
Jadilah begini....comel aje...



Nasi lemak saya kali ni memang lengkap lah kata orang tu. Siap dengan rendang ayam sekali. Apabila dihidang begini lah rupanya satu meja!!!!!...


 

 Dibawah ini pula sampingan untuk soto tulang... emmm enak bila makan panas2. Makan ramai2 macam ni.. sambil borak2 di selangseli dengan lawak jenaka kawan2 memang best. Hendak pula bila berlawak tak ada orang kecil hati... ikut sedap mulut aje mengata antara satu sama lain...


 

 Bila dah masak berbagai jenis begitu, saya dah tak larat nak buat dessert banyak2. Jadinya saya buatkan kuih serimuka aje. Karipap pusing dan blueberry muffins tu kawan2 yang bawa. Kira dah ok lah kan, selepas makan nasi lemak dan pekena pula soto... dah kenyang sangat2.

 

 



Diantara kawan2 yang datang, walaupun mereka ni dah pun pulang ke tanahair for good, kami sentiasa mengingati mereka. InsyaAllah kita jumpa lagi.


Marsha

No comments:

Post a Comment