Tuesday, October 25, 2011

Kuih Melayu

Salam,

Kuih Melayu, manisan kegemaran. Masalahnya tak pandai nak buat. Bila nak buat aje.. tiba2 rasa fobia sangat. Selalu tengok resepi, nampak macam senang. Iya lah kan bahan2nya pun simple aje, semua dah tersedia didalam almari. Bila first try, entah apa2 jadinya... cuba punya cuba.. hasilnya Walllaaaa...

Karipap: Inti daging, ayam dan sardin menjadi kegemaran, mula2 guna acuan yang dah siap klim tepi tu..tak best!!! nak tahu sebab apa? bila goreng semuanya senyum belaka.. habis isi perutnya terkeluar.. hmmm... kemudian intai2 dan tolong2 kawan klim karipap.. ahaa... lama2 dah pandai dah...





Sekarangni, kalau buat mesti 2-3 aduan sekali dan frozenkan.. senanglah kalau ada orang datang mengejut adalah benda nak dihidangkan. Satu lagi ia juga menjadi kegemaran anak2, mana cukup sekeping-dua.. kalau buat sendiri kan muai..

Puteri Salat atau kuih Seri Muka: Teringat kalau pergi warung2 yang juah kuih, kuih Serimuka ni menjadi pilihan utama. Dulu kalau nak buat sendiri, mesti rasa susahnya lah hai, mana nak kukus pulut lagi, buat custardnya lagi. Malahan nak kukus pulutpun tak tahu macammana. Tapi cuba jugak lah. Mula2 tu lembik, sebab masuk air dari tudung kukusan. Talipon mak, dia kata balut kukusan tu supaya air tak menitis balik dalam loyang. Sekarangnya dah kira expert dah.. malahan custardnya pun, buat layer lagi...







Kuih Lapis: Kuih lapis ni pun kuih yang paling saya dan anak2 suka. Masa saya kecil2, kita orang panggil kuih bangunan. Paling best sekali boleh tarik selapis2. Bahan2 nya pun mudah sangat, tak ada masalah nak cari. Rice flour boleh beli di Stop&Shop atau pun di China Town. Rice Flour made in Thailand lagi, Cop gajah...








Masukkan dalam tray macam gambar tu sebab kawan tolong buatkan. Best part she paid for the kuih.. hu.. hu.. hu terharu berniaga kuih melayu lagi.




Kuih Keria: Anak2 panggil kuih ni Donut Malaysia. Mula2 dia orang tak berapa suka, katanya texturenya rasa lain tak macam Dunkin Donut. Memang lah Donut ni dari Sweet potato mana nak sama.. lama2 yang si Girl pun dah berkenan. Sira pula dengan gula. Bulan puasa makan kuih ni masa berbuka.. emmmm tak lah rindu dengan pasar Ramadhan.








Kuih Bom: Tengok2 resepi, adunannya macam kuih keria aje,bezanya bentuk bulat, ada inti samada inti kelapa atau kacang hijau atau merah dan disalut dengan bijan. emmm.... apa lagi rasanya inti kelapa untuk kuih ketayap beberapa hari yang lalu masih ada. Tanpa berlengah rebus keledek, maka jadilah kuih bom.. Si anak2 lelaki gembira dapat rasa kuih2 tradisional tapi girl ni kena introduce perlahan2, masih belum nak cuba.








Banyak lagi kuih2 melayu ada dalam senarai.. nanti saya tunjukkan lagi.


Marsha



No comments:

Post a Comment

Post a Comment