Thursday, January 26, 2012

Pajama's party New Year 2012

Salam,


Tahun Baru datang lagi, apa aktiviti yang kami nak buat ni. Mak-mak budak ni dah rancang nak adakan "pajama's party". Wow!!!!!... sounds like teenage pulak...tapi tak apalah kan, yang pentingnya hati gumbira... he...he..he..


Rancangan nya, Friday check-in hotel dan malamnya dinner...saya dari awal sudah maklumkan tidak akan join overnight dihotel tapi happy to join the ladies for dinner only.


Hotel yang menjadi pilihan Marriot Long Whaft.. seperti yang saya ceritakan sebelum ini.. hotel ini memang agak strategic tempatnya. Dan menjadi kenangan manis untuk kebanyakkan dari kami. Wati kata setiap tahun pada anniversary mereka, dia dan Bob akan book hotel ini. Ramlah pulak kata, Marriot lah tempat pertama dia bermalam di Boston ini semasa dia mula-mula berpindah ke Boston dari New Jersey. Saya juga saperti Ramlah, tempat penginapan kami untuk lima hari semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Boston.


Dinner pula kami rancang makan di Oyster's restaurant... restaurant ini terletak di "little Italy".


Saperti yang dirancang, semuanya dah bersemangat. Yang hendak bermalam di Hotel, telahpun membuat perancangan mereka. Bagi saya, Kak Sa akan menjemput saya sebaik sahaja dia habis kerja. Perjalanan ke Boston city amat mudah, mungkin kebanyakkan Bostonian ni balik kampung maklumlah cuti panjang tahun baru.Tapi yang menjadi masalahnya nak dapatkan parking. Pusing punya pusing kami parking sahaja di Milk St. Kira kena menapak agak jauh juga lah ke sana.


Tapi kesihan kat kami-kami ni, restaurant full house, reservation time 3 hours. Perut semua dah berkeroncong. Akhirnya makan di restaurant lain, 2 blocks away from Osyter's. Bila dah kenyang balik ke hotel, tapi sempat singgah "Mike's pastry". Famous pastry ni... penuh kena beratur sampai ke luar. Konon nak makan untuk supper tapi sampai aje dihotel semua dah tak ada mood nak makan... kami bersinggang aje dan yang bestnya dengar Wati cerita pasal movie "Ombak Rindu".


Ini lah wajah-wajah kekenyangan kami:






Ok dah malam kawan-kawan pun dah tarik selimut... :)


Saya dan Kak.Sa balik dan saya sampai dirumah pada pukul 12:30 pagi... tahun depan kena buat aktiviti macam ni lagi. Seronokkkkk.....

Marsha

Saturday, January 21, 2012

Jalan-jalan Los Angeles 1

Salam,


Sebut jalan-jalan, hati mesti melonjak kegembiraan. Macam budak-budak kan. Tapi sebenarnya kita yang dewasa ni lebih dapat menikmat erti kata melancong berbanding dengan kanak-kanak. Budak-budak suka bercuti kalau ada kepentingan aje.


Kita kalau melancong siap buat homework serba-sedikit tempat yang dilawati. Kalau dalam kereta.. jadi co-pilot tu, mata melilau kekanan dan kiri. Tengok betapa cantiknya negara orang. Kalau anak-anak saya, emmmm masuk aje dalam kereta... macam dibuai-buai... enaknya beradu.. Sayang kan bawa dia orang ni jalan-jalan, tapi macam tak minat aje...bukannya apa saya rasa dia orang masih belum dapat menghargainya. Saya masa kecil-kecil macam tu lah kot.


Saya dan keluarga ke Los Angeles cuti yang lalu. Yang ini Hollywood, sebelum kesana terbayang depan mata betapa glamornya tempat ni... rupa-rupanya sebaris bangunan tu aje.. dan banyak lah stars yang tertera nama-nama glamor dunia. Puaslah kami-kami ni terbongkok-bongkok konon-konon dapat bergambar bersama bintang kesayangan.. he..he..he..


Kodak theatre- acara- mewah bintang Hollywood dan American Idol

Cari jangan tak cari- bintang-bintang kesayangan anda!!!!!!
Sempat snap photo Batman dan Superman bawa bag plastik...he..he..he..

Tertarik pula dengan Ad ni... 
Ditengah-tengan Kodak Theatre- cantikkk....

Berangan-angan lah konon duduk ditangga red carpet... baju kami aje yang tak glamor..
Disini lah MJ di semadikan
Acara-acara glamor bintang-bintang Hollywood juga diadakan disini.

Palm trees yang tersusun cantik sepanjang jalan



China town terbesar di USA


 


LA city, bagi saya moden, cantik, bersih dan tersusun. Highway mak aii.. besar bangat dan kereta banyak. Tapi bila ke luar sikit dari bandar contohnya ke Anaheim.. kita boleh lihat perubahan yang ketara dimana buildings nya lebih rendah dan orang-orangnya termasuk bahasa lebih kepada Spanish.


to be continue...


Marsha

Wednesday, January 11, 2012

Shahmir's Birthday

Salam,


Jam 3 petang, Jan 06/1996, Shahmir dilahirkan di Assunta Hospital Petaling Jaya. Sekarang Shahmir dah pun 16 tahun. Rasa macam baru semalam dan masih ternampak-nampak wajah comel, putih gebu dia tu. 


Masa kecil, Shahmir ni anak yang tak banyak meragam. Kami bawa dia travel merata-rata. Semasa dia berumur 11 bulan kami dah bawa dia ke Beijing. Dia aje baby dalam bas tu tapi macam tak ada baby. Senyap aje dan behaved sangat. 


Senang sekali menjaga dia ni, tak pandai melawan dan meninggikan suara, sentiasa mengikut aturan sampai sekarang. Saya berdoa dia menjadi anak yang soleh dan diberkati didunia dan akhirat.


Sekarang Shahmir dah grade 10. Nampak nya dia lebih cenderung pada mata pelajaran Math & Science. Agaknya bidang yang berkaitan dengan subject tu aje yang dia berkenan kot.. Kalau paksa dia drawing mahu dia menangis... he..he..he.. Jika ada apa-apa homework/project yang memerlukan drawing, puas lah dia memujuk adik nya supaya buatkan... kadang-kadang adik dia tu jual mahal... terpaksalah abang merayu-rayu suruh buatkan... kesian pulak... tapi Abang ni memang phobia kalau sebut aje Art... tak tahu lah kenapa?




Dia ni boleh dikatakan termasuk dalam kategori Chubby. Tapi sekarang ni dia practise lari 3 kali seminggu. Practice akan berlarutan sampai Mei nanti. Mulanya terkejut juga, mimpi apa pulak dia ni nak masuk acara Marathon atau sekolah panggil DreamFar. Acara itu nanti akan diadakan di Rhode Island. Tahu aje lah, dia ni kira-kira in-door person, kalau main pun macam basketball aje lah. Itupun sekali-sekala.


Marathon!!!!!!!!!!..... huh.. jauh tu dalam 26 miles. Kuruslah dia ni nanti.. bagus juga. Actually apa yang saya dapat rasakan... disiplin tu makin bertambah... Saturday 6:30 am dah bangun dan siap2 untuk practice... Alhamdulilah... saya katakan, lagi banyak practice.. otak mendapat lebih banyak Oksigen nanti bertambah pandai... itu teori saya lah. Entah betul entah tidak..


Pada harijadinya saya buatkan Red Velvet Cake..Ini lah rupanya:



Red Velvet Cake

 

Selamat Maju Jaya Shahmir!!!!1...


Wednesday, January 4, 2012

Twins 14th Birthday

Salam,


Anak2 membesar dengan sekelip mata. Tanpa disedari anak kembar saya sudah berumur 14 tahun. Masih terkenang bagaimana seronoknya membesarkan mereka semasa kecil. Semuanya mesti ada 2 sets.


Saya lebih beruntung kerana mendapat kembar sepasang. Jadi  saya mendapat kelebihan, boleh beli dress and juga shirt/short, juga boleh beli warna pink dan blue. Boleh ikat tocang dan juga boleh juga pendek....jadi no complain kan... semuanya boleh..


Di zaman dulu, jarang orang mendapat anak kembar tak macam sekarang.. double, triplet, quadruplet dan kembar lapan pun ada. Jadi bila bawa mereka berjalan semua orang tengok, termasuk siAbang yang baru pandai berjalan dah jadi 3 orang. Semuanya comel2.


Sekarang seorang dah jadi anak dara dan seorang bujang:











Minat setakat ni tak tahulah..sentiasa berubah2. Tapi yang pasti mereka mempunyai kebolehan melukis. Ingat lagi semasa mereka kecil tak pandai bercakap pun, mereka akan paksa saya draw gambar cartoon kegemaran mereka dan mereka akan perhati dengan penuh minat. Sekarang ni kedua2 mereka telah mengalah kan saya tentang bab melukis ni. Baru2 ni, kami belikan Bamboo tablet untuk mereka. Bolehlah enhance bakat yang ada.
Mereka meminati watak2 animations terutama dari Manga: Ini diantara latest drawing mereka.

 

 
Hidangan untuk HariJadi hanyalah dessert. Saya buatkan tiramisu chocolate cup dan filo with cheese filling.

 

 

Semoga mereka menjadi anak yang baik kepada keluarga, bangsa dan negara..


Marsha