Thursday, January 26, 2012

Pajama's party New Year 2012

Salam,


Tahun Baru datang lagi, apa aktiviti yang kami nak buat ni. Mak-mak budak ni dah rancang nak adakan "pajama's party". Wow!!!!!... sounds like teenage pulak...tapi tak apalah kan, yang pentingnya hati gumbira... he...he..he..


Rancangan nya, Friday check-in hotel dan malamnya dinner...saya dari awal sudah maklumkan tidak akan join overnight dihotel tapi happy to join the ladies for dinner only.


Hotel yang menjadi pilihan Marriot Long Whaft.. seperti yang saya ceritakan sebelum ini.. hotel ini memang agak strategic tempatnya. Dan menjadi kenangan manis untuk kebanyakkan dari kami. Wati kata setiap tahun pada anniversary mereka, dia dan Bob akan book hotel ini. Ramlah pulak kata, Marriot lah tempat pertama dia bermalam di Boston ini semasa dia mula-mula berpindah ke Boston dari New Jersey. Saya juga saperti Ramlah, tempat penginapan kami untuk lima hari semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Boston.


Dinner pula kami rancang makan di Oyster's restaurant... restaurant ini terletak di "little Italy".


Saperti yang dirancang, semuanya dah bersemangat. Yang hendak bermalam di Hotel, telahpun membuat perancangan mereka. Bagi saya, Kak Sa akan menjemput saya sebaik sahaja dia habis kerja. Perjalanan ke Boston city amat mudah, mungkin kebanyakkan Bostonian ni balik kampung maklumlah cuti panjang tahun baru.Tapi yang menjadi masalahnya nak dapatkan parking. Pusing punya pusing kami parking sahaja di Milk St. Kira kena menapak agak jauh juga lah ke sana.


Tapi kesihan kat kami-kami ni, restaurant full house, reservation time 3 hours. Perut semua dah berkeroncong. Akhirnya makan di restaurant lain, 2 blocks away from Osyter's. Bila dah kenyang balik ke hotel, tapi sempat singgah "Mike's pastry". Famous pastry ni... penuh kena beratur sampai ke luar. Konon nak makan untuk supper tapi sampai aje dihotel semua dah tak ada mood nak makan... kami bersinggang aje dan yang bestnya dengar Wati cerita pasal movie "Ombak Rindu".


Ini lah wajah-wajah kekenyangan kami:






Ok dah malam kawan-kawan pun dah tarik selimut... :)


Saya dan Kak.Sa balik dan saya sampai dirumah pada pukul 12:30 pagi... tahun depan kena buat aktiviti macam ni lagi. Seronokkkkk.....

Marsha

No comments:

Post a Comment