Friday, December 16, 2011

Majis Perkawinan di New Hamsphire - part 1


Salam,


Kami yang tinggal disini terlalu excited kerana buat pertama kalinya masyarakat melayu Massachusetts, New Hamsphire, Maine bergabung tenaga untuk menjayakan majlis perkawinanan anak seorang rakan di New Hamsphire.


Tema kami sudah tentunya berunsurkan budaya Melayu...kami cuba buat yang terbaik walaupun kekurangan sumber.. jangan marah semuanya lengkap... ada acara bertukar2 hantaran dari pihak lelaki dan perempuan, bunga mangga, acara silat, acara berpantun dalam bahasa orang putih lagi... so cute... acara sekatan (yang mintak duit tu- panggil apa ya), bertepung tawar, bunga rampai, bunga telur dan acara baling duit pada kanak2... Makanan pula dihidangkan nasi minyak dan lauk-pauk yang berbagai2. Memang seronok...


Terngaga juga lah para jemputan yang lain terutama matsalih2 tu...


Kami dibagi2 tugas, kesian pula pada mak pengantin... pengsan nanti kalau semua nak kena buat sendiri...


Tugas yang dipertanggungjawabkan pada saya
1. Kek untuk acara potong kek
2. Deco dan set-up meja pengantin


Berat tugas tu kan....


Saya perlu organize betul2, iyalah kan takut kalau-kalau tak cantik pula majlis orang... dengan niat tulus ikhlas...semoga diberkati:


Tugasan pertama: Cake


Setelah berbulan dan beratus jam mengulit, ini lah hasil cake saya,

Sebelum jadi begitu, saya tunjukkan peringkat2nya... banyak dan perlukan kesabaran....details dititikberatkan...
Cake ni ada 4 tier, 


3 tiers on top
Butterflies dan laces


completed top 3 tiers with spray flower attached




























Bottom tier pulak: Base board saya pastikan di cover dengan fondant juga.. di tambah dengan details saperti laces dari royal Icing dengan itu barulah nampak kemas dan elegant...


Bunga2 tu semuanya di perbuat dari Gumpaste:... orang yang  pernah buat bunga2 dari Gumpaste ni saja yang memahami...
Bunga2 pilihan saperti Roses, Peonies, Jasmine, sweet peas, calla lilies, Orchids etc...masa yang diambil.. terlalu panjang kerana dibuat secara berperingkat2 sehingga jadi macam tu..
End results...satisfying....





Hah... tak lengkap kalau pisaunya togel aje kan... jadi saya attached kan small flower spray dan ikatkan dengan ribbons.. hemmm.. happy aje....


Tadi saya kata saya juga ditugaskan keatas meja pengantinkan... jadi untuk dessertsnya saya buatkan miniture cakes...yang comel...


Tugasan ke2: Meja pengantin


Apa yang saya perlu buat - table flower, table deco dan table place setting...


Hasilnya tadaaa....
Table Flower
Table Deco
Mission Accomplished
Table place setting



Posing sikit




Bersambung....





No comments:

Post a Comment