Wednesday, April 4, 2012

Artisan Bread

Salam,


Roti kalau fresh from the oven.. memang deliciousss.. Sha akan makan masa tu juga.. bila dah sejuk, mereka ni kurang berminat sangat. Macam tu lah juga kalau cake atau biskut. Panas-panas semuanya laku.


Saya memang amat berminat nak buat roti, lama dulu-dulu. Selalu juga tengok U-tube, macam senang lah sangat tapi bila nak buat rasanya..issshhh susah lah pulak rasanya. Dalam hati selalu kata, buat apa susah-susah nak buat roti..pergi aje mana-mana bakery, macam-macam jenis roti ada.. sebut aje.


Sejak duduk diperantauan ini, usahakan juga buat roti sendiri. Bukannya apa, kalau diikutkan disini lah roti lagi pelbagai.. ialah kan disini roti makanan ruji mereka. Lagi sedap dan macam-macam.


Tahun lepas, Kak Noriah bagi present buku "Artisan Bread". Jadi kira macam motivate untuk saya cuba resepi-resepi roti dalam buku tu.. setakat ni banyak kali juga saya buat roti sendiri. Kira puas hati... bila dapat makan roti panas-panas.


Crumpet
Sausage Bread
 Dibawah ni france bread, saya buat dengan tujuan nak buat garlic bread. emmmm... kira habis masa tu juga... best bila makan panas-panas.


 

 



Yang ini Bun.. saya drizzle atasnya, cicah kopi panas tersangat nikmatnya.

Bun
Mini Challah
 


Pecan cinnamon roll





 Ini cinnimon roll yang saya tambah chocolate dan kismis. Sha's favorite kalau saya tambah chocolate. 




Sekarang ni kalau nak makan bun atau roti panas, jawapnya buat sendiri... he...he..he..


Marsha

No comments:

Post a Comment