Wednesday, January 11, 2012

Shahmir's Birthday

Salam,


Jam 3 petang, Jan 06/1996, Shahmir dilahirkan di Assunta Hospital Petaling Jaya. Sekarang Shahmir dah pun 16 tahun. Rasa macam baru semalam dan masih ternampak-nampak wajah comel, putih gebu dia tu. 


Masa kecil, Shahmir ni anak yang tak banyak meragam. Kami bawa dia travel merata-rata. Semasa dia berumur 11 bulan kami dah bawa dia ke Beijing. Dia aje baby dalam bas tu tapi macam tak ada baby. Senyap aje dan behaved sangat. 


Senang sekali menjaga dia ni, tak pandai melawan dan meninggikan suara, sentiasa mengikut aturan sampai sekarang. Saya berdoa dia menjadi anak yang soleh dan diberkati didunia dan akhirat.


Sekarang Shahmir dah grade 10. Nampak nya dia lebih cenderung pada mata pelajaran Math & Science. Agaknya bidang yang berkaitan dengan subject tu aje yang dia berkenan kot.. Kalau paksa dia drawing mahu dia menangis... he..he..he.. Jika ada apa-apa homework/project yang memerlukan drawing, puas lah dia memujuk adik nya supaya buatkan... kadang-kadang adik dia tu jual mahal... terpaksalah abang merayu-rayu suruh buatkan... kesian pulak... tapi Abang ni memang phobia kalau sebut aje Art... tak tahu lah kenapa?




Dia ni boleh dikatakan termasuk dalam kategori Chubby. Tapi sekarang ni dia practise lari 3 kali seminggu. Practice akan berlarutan sampai Mei nanti. Mulanya terkejut juga, mimpi apa pulak dia ni nak masuk acara Marathon atau sekolah panggil DreamFar. Acara itu nanti akan diadakan di Rhode Island. Tahu aje lah, dia ni kira-kira in-door person, kalau main pun macam basketball aje lah. Itupun sekali-sekala.


Marathon!!!!!!!!!!..... huh.. jauh tu dalam 26 miles. Kuruslah dia ni nanti.. bagus juga. Actually apa yang saya dapat rasakan... disiplin tu makin bertambah... Saturday 6:30 am dah bangun dan siap2 untuk practice... Alhamdulilah... saya katakan, lagi banyak practice.. otak mendapat lebih banyak Oksigen nanti bertambah pandai... itu teori saya lah. Entah betul entah tidak..


Pada harijadinya saya buatkan Red Velvet Cake..Ini lah rupanya:



Red Velvet Cake

 

Selamat Maju Jaya Shahmir!!!!1...


No comments:

Post a Comment