Thursday, November 8, 2012

Ladies getaway @ Plimouth MA.

Salam,

Pelajar-pelajar tajaan Uitm, yang mengikuti kursus menjalani kajian penyelidikan bersama Harvard akan mengakhiri pengajian mereka di Boston. Dr. Norashikin yang baru sahaja kami temui semula setelah hampir 20 tahun terputus hubungan antara yang mengikuti kursus ini. Terperanjat juga pada mula nya apabila bertemu..hendaknya pula di negara orang. 

Satu tahun berlalu sekelip mata aje. Minggu terakhir mereka hendak pulang ke Malaysia kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan sambil bersarapan pagi. Kebetulan masih lagi dimusim panas, seronok kalau dapat berkelah menikmati alam semula jadi sambil minum kopi Hang Tuah dan nasi lemak bungkus... sedapnya....

Kak Sa, Ramlah, Prof Norma, Dr. Shikin dan Hairani join kami pagi itu... Tempat yang dituju adalah Plimouth, Braintree.


Plimouth ni facing laut... banyak kapal-kapal berlabuh. Ini merupakan tempat bersejarah pada Amerika. Sesiapa yang belajar sejarah Amerika pasti tahu kapal Mayflower. Replika nya ada disini. Saya dan keluarga pernah kesini tahun lepas dan berpeluang naik, anak-anak kena masuk dan tengok kapal ni, kerana mereka belajar sejarah Amerika..Tapi kami yang veteran dan belajar sejarah Eropah ambil gambar sudah lah.

Mayflower

Cahaya matahari yang terang.. membuatkan gambar cantik


Ram kata macam cerita bond Jins Shamsudin dulu-dulu..



Sempat sekodeng tu..


Rasa tak puas tengok kapal-kapal yang berlabuh disini.  

Cantik permandangan ni, shoot dari celah-celah pokok.



 

Rehat-rehat bawah pokok sambil makan nasi lemak dan kopi. 
Prof Norma, Dr. Shikin dan Hairani
 







Matahari pun dah condong menunjukkan ia hampir petang. Perut dah kenyang, mata pun dah mengantuk, hendaknya apabila menyirup udara nyaman macam ni.

Pada Dr. Shikin dan Hairani semoga mendapat kenangan indah semasa tinggal di Boston dan meneruskan apa sahaja yang hendak dilakukan semoga berjaya hendaknya.

Marsha