Thursday, December 1, 2011

Desserts


Salam,


Desserts kegemaran saya dan family. Saya selalu buat desserts samaada untuk keluarga ataupun untuk dibawa kerumah kawan2. 


Kalau tengok pastry chef buat desserts yang petite2, lagi membuatkan saya teruja.. admire sangat2.


Dibawah adalah sebahagian kecil koleksi desserts saya:


Hummingbird cupcakes ni terkenal di Southern Part of America.. macam red velvet cake lah juga, tapi setakat ni yang lebih mendapat publisiti meluas adalah red velvet. Saya rasa Hummingbird cupcakes lebih sedap bagi sesiapa yang suka pada texture yang berbagai. nak tahu apa secret ingredients nya? ....banana, pineapples, pecan dan coconuts. Ditambah pula dengan creamcheese frosting memang lah terangkat sedapnya....


Hummingbird cupcakes





Pertama kali buat Caremal Cake ni, habis dengan sekelip mata. Almaklum aje bila panas2 keluar dari Oven dan kebetulan anak2 baru balik dari sekolah... apa lagi selesai. Iya sedap dimakan kerana cakenya lembut macam sponge cake.. Itu yang sedap tu...


Caremal cake
Cheese tart ni pula saya masukkan blueberries filling. Bila makan sejuk2 masa petang2 perkena pula dengan kopi atau tea panas emmmm... 
Cream Puffs juga adalah kegemaran anak2 saya.. selalunya saya akan gandakan adunannya.. satu adunan mana cukup, memang licin punya. Alhamdulilah reseki mereka...


Cheese tart
Cream Puff 

Sebut saja Tiramisu, muka anak2 terutama yang bongsu glowing. Tiramisu sejenis desserts orang Italy dengan penggunaan Mascarpone cheese sebagai bahan utama. Marcarpone lebih bertexture halus berbanding Philadelphia Cheese. Saya selalu mencuba berbagai resepi tiramisu samada mengunakan ladyfingers atau sponge cake..anak2 akan ulang dan ulang memakannya terutama masa tengah kelaparan bila balik dari sekolah.  

Tiramisu



Tiramisu
Peanut Butter Pie ni saya buat untuk dibawa ke open house seorang kawan. Basenya saya pakai Orea cookies dan filling nya pula creamcheese, peanut butter dan heavy cream. Topped dengan melted chocolate yang saya corakkan dengan white chocolate, saya hiaskan juga dengan kacang utk memaklumkan pada sesiapa yang allegic dengan peanuts.  
Peanut Butter Pie
Key Lime pie juga sejenis dessert yang famous disini. Kalau kena dengan musimnya.. kita boleh beli key lime dengan harga yang murah dan buahnya juicy, sangat sesuai lah buat dessert ni. Tapi key lime saya ni special sikit... saya buat sedikit twist. Kalau kita makan key lime yang dibeli dikedai, masam nya mak ai... jadi kalau buat sendiri kita boleh control limenya. Saya buat key lime mousse yang dicampur dengan Philadelphia Cheese dan White chocolate juga heavy cream. Topping nya pula adalah lime jelly dan saya deco dengan buah kiwi. Terasa2 lah pulak keenakkannya...


Key Lime Pie
Swiss roll ni percubaan pertama. Jadi tak jadi macam ni lah rupanya. tercapai lah sudah impian saya nak merasa swiss roll yang dibuat sendiri dan yang paling penting hilang sekelip mata... he..he..he..


Swiss Roll
Cheese Cake, setakat ni dah menjadi kepakaran saya. Iyalah selepas mencuba dan mencuba banyak kali. Saya selalu kata cheese cake adalah cake yang paling manja.. tak boleh bakar sebarangan kita mest tahu cara2nya...kalau tidak permukaan cheese cake ni tak cantik, macam valcano lah alamatnya. Cheese cake yang saya buat ni, saya topped dengan layer of sour cream dan drizzle pulak dengan pralin sauce (campuran corn syrup, brown sugar dan pecan)


Cheese Cake with Caramel
Red Velvet menjadi kegemaran orang zaman sekarang. Saya pun tak ketinggalan lah juga. Saya mencuba berbagai2 resepi red velvet. Ada yang pakai Butter dan ada yang pakai minyak tapi apa2 pun bila sebut red velvet ni, secret ingredients sudah semestinya "Vinegar" & Cocoa" dan colornya mesti - merah lah Makngah. Red Velvet kegemaran saya adalah tang frostingnya tu.. saya masukkan coconuts flake kedalam frosting. it makes a lot of difference...dan hiaskan pula dengan pecan. cubalahhhh....


Red Velvet bukan saya boleh dibuat dalam bentuk cake tapi juga cupcakes dan whoppie pie... 


Red Velvet cake


Red Velvet Whoppie pie
Yang ini pula adalah coconuts macaroon.. senang dan teringat candy kelapa masa kecik2 dulu. Tapi yang ini selain kelapa saya masukkan sedikit chocolate chips, meringue (white eggs) dan condence milk, dan lepas bakar dan sejuk saya drizzle pula dengan melted chocolate...walllaaa... memang sedap...


Coconut Macaroon
Nanti saya sambung desserts yang telah saya buat ...


Marsha



No comments:

Post a Comment