Tuesday, February 28, 2017

Boston University

Salam,

Masa berlalu begitu pantas, tak terkejar rasanya. Sekarang kita sudah pun berada di tahun 2016. Banyak perkara yang saya tidak catatkan di blog ini.

Tahun 2015, amat mencabar tapi semua nya dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Mak menghadapi penyakit gangrene di kaki kiri. Perhatian yang tinggi perlu untuk mengawal supaya tidak merebak keseluruhan kaki. Umur nya yang telah menjangkau 92 tahun, menghadkan rawatan keatasnya. Setelah setahun berlalu, dia semakin pulih walaupun kehilangan lima jari kaki kiri nya. Syukur akhirnya Mak sudah boleh berjalan walaupun dengan hanya bertongkat.

Dalam masa yang sama Shahzwan dan Marishah telah pun tamat Grade 12 di ISKL. Upacara penyampaian Diploma telah di adakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Terserlah satu kepuasan di wajah pelajar-pelajar dan guru-guru yang begitu committed mendidik anak-anak murid mereka. Mana kan tidak, majoriti pelajar di ISKL ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran mereka ke University yang dipohon di serata dunia. Maka bermula lah satu lagi alam persekolahan yang perlu mereka dilalui. 

Shahzwan nekad untuk meneruskan pelajaran nya di Amerika Syarikat. Banyak juga University yang dipohonnya. Alhamdulilah dia mendapat tawaran dari beberapa University saperti Northeastern University, Boston University, Massachucetts University dan Pennsylvania University. Setelah mengambil kira perbelanjaan yang begitu besar untuk belajar disana, sudah semestinya Shahzwan perlu mendapat bantuan biasiswa untuk menampung bayaran persekolahannya. Syukur sekali lagi, biasiswa yang dipohonnya diluluskan. 

University apakah yang menjadi pilihannya, sudah tentu lah Boston University. BU sentiasa menjadi idamannya sejak belajar di Newton South High School lagi. Ketika dia memohon BU, saya tidak begitu yakin permohonannya diluluskan memandangkan ranking nya yang baik dan memerlukan pencapaian akademik yang tinggi untuk terpilih belajar disana. Tapi itu lah yang dikatakan reseki yang telah ditentukan.

September 2015, bermula lah saat dimana Shahzwan bergelar seorang pelajar dalam bidang Mathematic di Boston University. Dia ke Boston tanpa ditemani oleh sesiapa. Inilah kali pertama, dia menaiki kapalterbang bersendirian. Terimakasih pada rakan di Boston yang menjemput Shahzwan di Logan Airport dan menghantarnya ke University untuk menjalani minggu Orientasi.

Seminggu kemudian kami bertolak ke Amerika. Untuk melihat keadaaan Shahzwan di Boston University dan Shahmir yang kembali untuk meneruskan pelajaran nya di tahun dua di New York University. Terasa amat senang hati mendapati kedua-dua mereka dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat di dunia yang bergelar mahasiswa. 

Dapat juga berjalan-jalan, orang kata sambil menyelam minum air.

Dalam masa yang sama Marishah juga mendapat tawaran University dalam negara untuk meneruskan pelajarannya. Syukur Alhamdulilah. Di harap mereka semua mendapat redha dari yang maha berkuasa untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Ameen

Marsha


Thursday, October 13, 2016

10 October 2016

Sudah lama tidak melihat blog saya, entah kenapa teringin pulak melakar sesuatu dari kotak fikiran saya.

Manusia berubah, senario politik negara berubah malahan perubahan dunia semakin ketara. Anak-anak yang dulu nya kecil sekarang sudah berubah menjadi remaja yang cantik dan kacak dari sudut pandangan seorang ibu. Mereka menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa mendapat pujian, walaupun saya rasa mereka perlu memperbaiki kemahiran 'soft skill' untuk memasuki ruang lingkup kehidupan dunia yang semakin mencabar.

10 October:

Sentiasa diingati dalam diri kerana banyak peristiwa berlaku: Masa berlalu mengajar manusia menjadi lebih waras dan berdiri dengan sendiri.

Perubahan apa yang ingin saya lakukan? Sudah semestinya perubahan yang lebih baik dari semalam dan hari ini untuk kelangsungan hari-hari yang mendatang.

Saya mengakui kelemahan diri, banyak perkara-perkara yang saya tersilap percaturan terutama dalam kehidupan dan mengenali manusia. Tapi setakat ini saya boleh menanganinya dengan baik.

Catatan ini untuk rujukan saya sendiri, seminggu, sebulan, setahun akan datang saya akan membaca dan merenung kembali, apakah diri saya ketika itu bersamaan atau hampir dengan apa yang saya usahakan dan impikan.

Tahun lalu, sudah ada kesedaran untuk memperbaiki tahap kesihatan saya, dengan itu saya bersama anak comel perempuan kesayangan mengambil class fitness. Tahun ini kami sudah semakin fit luaran dan dalaman. kehadiran lemak-lemak yang semakin tepu sudah bertukar menjadi muscle. Thumb up pada kami berdua.  Jadi fitness kami sudah diambil kira dan perlu terus sihat hendaknya.

Penampilan saya: tidak cantik bagai kan artis atau bidadari, tapi sesungguhnya bersyukur dengan apa yang ada, maklum tahun demi tahun, usia semakin bertambah sudah tentu kulit sudah dimamah pancaran cahaya. tapi angka bukan ukuran untuk kita meratapi apa yang telah berlalu. Yang pasti berusaha menjadi manusia yang cantik dalaman dan luaran bukan kepada manusia tetapi dari pandangan maha pencipta.

Bagaimana untuk menjadi cantik dalaman?

Nasihat pada diri.

Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada, anak-anak dan pasangan yang baik, dan keluarga yang tenang tanpa sebarang ribut kencang, laut bergelora. Sekali-sekali ada juga, lidah mana tidak tergigit ini kan pulak rumahtangga. Harapan: Jangan lah saya diuji dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan saya.

Reseki itu bukan sahaja wang ringgit tetapi  jauh lebih luas dari apa yang kita fikirkan. Setakat ini reseki kami sudah cukup lengkap dari segala sudut.

Ketenangan hati dan fikiranlah yang sentiasa dicari oleh manusia.

Adakah saya sudah menemuinya?

Itu lah yang dinamakan manusia yang mempunyai jasad dan jiwa. Sebagai manusia biasa kita sentiasa hendak yang lebih dari apa yang kita ada. contoh: kita hendak orang faham kita, kita hendak orang tahu apa yang kita mahukan. Kalau kita mimpikan itu semua, kita akan menjadi orang yang paling kecewa, sedih, sakit hati.

oklah jom muhasabah diri

Apa perlu saya buat?

Saya perlu jadi diri saya sendiri, tanpa mengharap dan meminta-minta, kerana pengharapan dan permintaan yang tidak dipenuhi atau mencapai tahap yang diingini akan memakan diri sendiri. Saya akan buang perasaan tersebut jauh-jauh supaya jiwa saya lebih tenang.

Kalau saya menerima apa sahaja tanpa diminta-minta, itu namanya reseki yang maha pencipta campakkan kehati manusia dalam kehidupan saya. Alhamdulilah.

Kalau tidak menerima apa-apa, itu boleh saya anggap bukan reseki, dan saya tidak merasa kehilangan dan kecewa juga sakit hati. Dan sekali lagi jiwa saya akan lebih tenang.

Begitu juga sebaliknya, orang-orang disekeliling saya juga harus faham, saya tidak boleh baca apa yang dikehendaki dan tidak boleh memenuhi apa yang diharapkan. Jangan marah: Saya tidak punya apa-apa. 

Walaubagaimanapun saya dengan hati yang ikhlas sedaya upaya melakukan sebaik mungkin terutama kepada orang-orang yang hampir dalam kehidupan saya dan keluarga.


InsyaAllah..

Marsha






Thursday, October 29, 2015

New York University


Salam,

Sudah sekian lama saya tidak update blog saya ini. Tahun 2013 adalah tahun paling sibuk bagi kami sekeluarga. Mana kan lagi perpindahan kami ke Malaysia, ubahsuai rumah, persekolahan anak-anak, tahun peperiksaan bagi Shahmir dan macam-macam lagi. 

Alhamdulilah semuanya dapat diatasi dengan tenang dengan pertolongan yang maha berkuasa.

Shahmir menghabiskan tahun akhir high school nya di ISKL, walaupun pada mulanya kami agak gusar bila mengenangkan bagaimana nanti dia terpaksa menghadapi suasana persekolahan, guru-guru dan rakan-rakan yang boleh mempengaruhi prestasi pelajaran nya.

Sekali lagi kami amat bersyukur kerana dia benar-benar menunjukkan bahawa segala perubahan masa dan tempat tidak sekali-kali mempengaruhi pencapaian pelajarannya. Malah dia menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang dalam kesemua peperiksaan AP nya.

Kami pernah mengambil kesempatan ketika kami menetap di Boston untuk berkunjung dan membuat University tour. Pada asalnya bila dia mengatakan yang dia berhajat belajar di NYU, dalam diam saya tidak berapa minat kerana NYC begitu mencabar kehidupannya. Tetapi setelah membuat University tour tersebut, persepsi saya berubah sama sekali kerana dia menawarkan begitu banyak peluang pada pelajar-pelajar untuk memajukan diri dan berfikir diluar kotak dalam berbagai bidang.

Sekarang segala impian dan cita-cita nya tercapai bila mana dia mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran nya dalam bidang Mathematic di New York University.

Antara gambar-gambar semasa lawatan universiti:

Si kembar yang comel

Tiga anak-anak yang disayangi

Shahmir dengan penuh harapan
Setahun berlalu, tiba lah masanya segala impian menjadi kenyataan. Shahmir membuat segala persiapan akhir untuk meneruskan pelajaran disana.

Kami bertolak ke New York pada August 2014, beberapa hari sebelum minggu suai kenal bermula. Sekurang-kurangnya boleh jugak mengajar Shahmir belajar mengesuaikan diri bagaimana mengunakan pengangkutan subway dan tempat-tempat penting sekitar campus. Maklum saja, kami berada disini ketika dia masih kecil.

 KL central to KLIA

Heathrow, London








Registration Day

Shahmir's room & proud dad

1st two luggages

NYU student's ID
Sementara Shahmir menjalani minggu orientasi, kami melawat beberapa kawasan yang telah ditinggalkan setahun yang lalu. World Trade Centre yang baru telah hampir siap dan ia berdiri megah dengan arkitek moden yang canggih.


World Trade Centre
Berlatarkan Brooklyn Bridge
Pada Shahmir, kami doakan semuga kehidupan sebagai pelajar University mendapat keberkatan, berjaya dunia dan akhirat. Ameen

Marsha

Monday, July 15, 2013

Marathon Rhode Island - 2013

Salam,

Anak-anak lelaki saya, Shahmir dan Shahzwan sekali lagi melibatkan diri dalam acara Marathon yang di kendalikan oleh Dreamfar.

Kami bertolak ke RI yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah. Mereka dikehendaki sampai disana untuk mengambil nombor, tag dan sebagainya. Semua keperluan mereka telah siap kami sediakan. 

Sebelum check-in hotel, sempat lah juga kami jalan-jalan disekitar bandar RI. Teringat akan Hafeizh, kalau dia masih ada disana, sekurang-kurang nya dapat juga kopi atau tea glamor dia tu.




Malam peserta larian dan keluarga dijamu makan malam, kebetulan malam "mother's day" boleh lah sekali meraikannya.

 





 

Mereka dikehendaki berada di hotel untuk sarapan pagi pada pukul 5 pagi, mereka memerlukan masa untuk menghadamkan makanan sebelum berlari.

Biasalah kan, bila pagi-pagi mood untuk bersarapan tak ada, tambahan nervous, lagi lah tak ada mood.





Principal yang sentiasa memberi semangat

Bergambar dulu sebelum lari.
Beredar ke garisan permulaan:-


Bergambar dulu


Proud of you guys!!!



Bergambar dulu!!!!...
Kegarisan.. sedia... mula...



Go Wan go!!!!!!...

Apa yang tak kena tu Wan?...

Wan and mentors diantara group yang terawal.


1st mile masih boleh senyum... he..he..he..

yeayyyy... here comes Shahmir!!!!

Go!!!!!...Shahmir...Go...!!!
Apabila kedua-duanya telah berlepas, apa lagi kami balik ke hotel yang kebetulan seberang jalan aje untuk tidur semula.. he...he..he.. tapi kali ini kena pasti kan kami berada digarisan penamat sebelum mereka sampai.

Tertunggu-tunggu dan tercari-cari mana lah anak-anak ni....

Itu dia Shahzwan sampai dengan mentor Mr.Robert.

Ala kesiannya .. kepenatan selepas 5 jam berlari.

Horeyyyy... you make it.. Shahzwan!!!!!..



Congratulation Shahzwan!!!

Gembira mengiringi parents masing-masing kegarisan penamat

Shahmir...!!!! yesss.. !!!

Kalau ada kemahuan disitu ada jalan.


Kelaparan selepas menghabis kalori yang banyak... PIZZAA.. time...


 

Sejak Boston Marathon bombing..  - tahap berjaga-jaga meningkat.

Congrats.. proud of you guys!!!




 


Kesian Sakit kaki...

Berjaga-jaga.. kejadian Boston Bombing tidak berulang.

 


Alhamdulilah, lega rasanya mereka selamat kegarisan penamat tanpa sebarang kecederaan.

Semua happy dengan medal masing-masing



Kenangan yang amat berharga buat mereka berdua. InsyaAllah kalau mereka dapat belajar disini lagi, dapatlah mereka melibatkan diri semula.

Marsha