Saturday, January 21, 2012

Jalan-jalan Los Angeles 1

Salam,


Sebut jalan-jalan, hati mesti melonjak kegembiraan. Macam budak-budak kan. Tapi sebenarnya kita yang dewasa ni lebih dapat menikmat erti kata melancong berbanding dengan kanak-kanak. Budak-budak suka bercuti kalau ada kepentingan aje.


Kita kalau melancong siap buat homework serba-sedikit tempat yang dilawati. Kalau dalam kereta.. jadi co-pilot tu, mata melilau kekanan dan kiri. Tengok betapa cantiknya negara orang. Kalau anak-anak saya, emmmm masuk aje dalam kereta... macam dibuai-buai... enaknya beradu.. Sayang kan bawa dia orang ni jalan-jalan, tapi macam tak minat aje...bukannya apa saya rasa dia orang masih belum dapat menghargainya. Saya masa kecil-kecil macam tu lah kot.


Saya dan keluarga ke Los Angeles cuti yang lalu. Yang ini Hollywood, sebelum kesana terbayang depan mata betapa glamornya tempat ni... rupa-rupanya sebaris bangunan tu aje.. dan banyak lah stars yang tertera nama-nama glamor dunia. Puaslah kami-kami ni terbongkok-bongkok konon-konon dapat bergambar bersama bintang kesayangan.. he..he..he..


Kodak theatre- acara- mewah bintang Hollywood dan American Idol

Cari jangan tak cari- bintang-bintang kesayangan anda!!!!!!
Sempat snap photo Batman dan Superman bawa bag plastik...he..he..he..

Tertarik pula dengan Ad ni... 
Ditengah-tengan Kodak Theatre- cantikkk....

Berangan-angan lah konon duduk ditangga red carpet... baju kami aje yang tak glamor..
Disini lah MJ di semadikan
Acara-acara glamor bintang-bintang Hollywood juga diadakan disini.

Palm trees yang tersusun cantik sepanjang jalan



China town terbesar di USA


 


LA city, bagi saya moden, cantik, bersih dan tersusun. Highway mak aii.. besar bangat dan kereta banyak. Tapi bila ke luar sikit dari bandar contohnya ke Anaheim.. kita boleh lihat perubahan yang ketara dimana buildings nya lebih rendah dan orang-orangnya termasuk bahasa lebih kepada Spanish.


to be continue...


Marsha

1 comment:

  1. Banyak orang Latin kat LA, kebanyakan diorang dari Mexico.... kalau tak silap dari segi sejarah, California kononnya sebahagian daripada Mexico.... nama2 tempat pun ada unsur2 Latin, Los Angeles, San Francisco, San Diego dan banyak lagi.....

    ReplyDelete