Wednesday, October 26, 2011

Pantuckaway State Park, NH

Salam, 


Summer yang lalu, kami dan beberapa keluarga yang lain merancang untuk camping di Pantuckaway, NH. Saya tak bercamping disana tapi cukup sekadar join mereka pada sebelah siang.


Nasib baik, sebab malam sebelumnya hujan turun dengan lebatnya, apalagi kalau tak betul pasang khemah alamat air sure masuk dan basahlah semua yang ada didalamnya. Macammana nak tidur kalau air dah mengalir masuk. Kata kawan saya mereka tak dapat tidur kerana kesejukkan.


Saya ditugaskan membawa sarapan pagi, dengan sukarelanya saya kata saya akan bawa nasi lemak siap dengan lauk2 sampingan termasuk rendang. Saya masakkan juga mee goreng mamak.


Pantuckaway State Park ni adalah dalam 2 jam perjalanan dari rumah. Kami sampai disana dalam pukul 9 pagi. Iya lah kata bawa sarapan pagi mestilah seawalnya kan.


Cuaca cukup baik dengan matahari memancar terang. Saya mengambil kesempatan mengambil gambar2 yang saya kira cukup menarik untuk dikongsi bersama.



Kayak dah tersedia, anak2 macam takut2 berani nak berkayak. Sebenarnya mereka tak pernah cuba berkayak sendiri. Tapi pada hari tu, mereka adik-beradik berkayak. Dalam hati saya kata, habislah kalau tak betul2 alamat berpusing2 aje lah ditengah2 tasik tu. Kalau terbalik seorang pun tak pandai berenang. Kenyanglah minum air tasik yang sejuk tu. Siapa nak tolong, saya mampu gelak sambil ambil gambar aje lah. Tapi mereka dengan confidentnya berkayak mengelilingi pulau2 kecil disitu. Lama juga lah saya menunggu ditepi jeti tu. Risaupun ada.








Ini sekumpulan Canadian Geese. Biasanya Geese ni akan terbang ke selatan mencari tempat yang lebih nyaman dan makanan berbanding dengan North yang sejuk. Geese ni memang banyak, yang peliknya orang2 disini tak pulak menganggunya. Saya selalu kata, wahh.. kalau kat tanahair ni dah selamat dalam kuali jadi rendang..





Reflection pokok2 tu cantik sekali. Saya suka menikmati udara nyaman disitu, dengan permandangan nya yang indah.






Demi keselamatan, campers tak dibenarkan mandi di tasik ini pada hari tu, katanya highly bacteria sebab najis2 geese tu. Tapi ramai yang tak endahkan larangan tu.. mereka mandi juga. Tak apalah kalau badan dia orang dah gatal2 nanti, dia orang berhentilah.







Saya sekeluarga berada disini sehingga tengahari aje, sebab ada agenda lain hari tu. Kami nak ke Rhode Island, tengok Water Fire. Kebetulan pulak malam menyambut Ramadhan. Seronok juga kerumah seorang kawan malam itu, disambut dengan nasi beryani lagi... Alhamdulilah...

No comments:

Post a Comment