Thursday, October 20, 2011

Pantai Massachusetts

Salam,


Musim panas yang lalu, terfikir mana nak bawa budak-budak ni jalan.  Fikir punya fikir, rasanya nak explore pantai2 yang ada di Massachusetts.... emmm apa lagi google lah jalan pintas yang paling mudah zaman terkini.


Pagi-pagi dah bangun, sebenarnya saya yang paling teruja kalau nak pergi outing berbanding dengan ahli keluarga yang lain.. mereka ni mengikut aje. Biasalah anak-anak remaja zaman sekarang kalau boleh menghadap computer merupakan nikmat pada mereka. Bagusnya mereka tak pula membantah kalau saya nak ketempat2 begitu.. Alhamdulilah. Saya suka menikmati keindahan alam, seronok sekali.


Tempat pertama dituju: Gloucester, MA


Gloucester harbor ni menghadap Lautan Atlantic, jadinya mestilah cantik. Banyak boat2 kecil berlabuh disitu. Malang sekali bila kami sampai disana cuaca tak begitu terang kalau nak bergambar. Tapi keseluruhannya Gloucester ni mempunyai karektor yang amat mendamaikan.










Pusing2 gambil gambar dan tengok bandar Gloucester lebih kurang, kami terus kan perjalanan menyusur pantai lalu singgah di Marblehead Beach.


Marblehead Beach, MA: Tempat ni adalah tempat orang ber yacht, kira2 baguslah untuk family outing. Tak lah jauh dari Boston, lebih kurang 17 batu aje.














Rumah2 persendirian yang ada disini, amat mengkagumkan, cantik dengan landscaping yang rasa macam taman bunga lah pulak. Bagusnya kita boleh nampak keseluruhan rumah mereka dengan jelas tanpa dilindungi tembok2 tinggi. Keselamatan terjamin... 


Pusing punya pusing tak terasa matahari dah condong. Patutlah perut pun kata; "bila nak isi ni". Kami berhenti lah sekejap makan2, apa kata menjamu selera dengan lobster roll, Calamari, lobster wrap, dan desserts. emmm... yummmyyy...




 

 




Perut dah kenyang, apa lagi teruskan destinasi lain pula.


Tempat ke 3: Rockport, MA


Rockport ni kira the best of the three places, nak tahu kenapa? Bila kami sampai disana, angin sepoi2 bahasa, tak sejuk dan tak panas maklum lah port dan matahari memancar  terang. Gambar apa lagi, lighting cukup... best.. best...


Rockport ni banyak kesan sejarahnya pada Amerika.. kalau nak tahu, rajin2 lah tekan punat keyboard tu. he..he..he.. Kalau saya nak cerita panjang, sampai bila tak habis. Itu lah sebabnya sehingga hari ni tempat ni jadi tourist spot.








 









Ralit dengan kejadian tuhan, saya rasa cukuplah untuk hari itu.  Seharian keluar sampai lah masanya nak balik rumah. Nanti saya ceritakan lagi tempat2 menarik yang saya pergi. Kita jalan-jalan lagi ya.


Marsha

No comments:

Post a Comment