Friday, October 21, 2011

Apple Picking



Salam,


Tengok dalam FB kawan, seronoknya dapat petik apple. Tak boleh jadi ni... sekarang tengah musim, rugi kalau tak pergi alamat kena tunggu setahun lagi lah nampaknya. Selalu nya dalam bulan Ogos-Sept. Apa lagi, tengok2 website... hahh..macam best aje orchard ni sebab pear pun ada. 


Rancang punya rancang, saya kata nak experience di Honey Pot Hill Orchards pulak. Saperti biasa saya ni terlebih excited. Bangun aje pagi, hujan tengah turun dengan lebatnya. Dalam hati kata, tak ada reseki lah nak makan apples hasil petikan sendiri. Perkena nescafe secawan dan biskut aje dulu sambil mengadap komputer. Tengok2 apa berita bagus..


Tiba2 hujan berhenti dan matahari memancar terang, lebih kurang cuaca kata " Hi, Good Morning". Apa lagi, arahkan semua siap2 untuk ke Honey Pot Hill. 


Orchards ni tak lah jauh dari rumah, makan masa 30-35 minit perjalanan saja. Macam2 activities ada disini, selain apple picking, hayrides, ponyrides, hedge maze, pumpkins pun ada.. 


Sampai aje disana, eh..eh...ramai pulak, ingatkan tak ada orang. Kereta dah penuh di parking lots, ada yang dah nak balik pun... dia orang ni lagi advance.


Ada kolam kecil, menyambut kami

Ini lah dia Hayrides
Hayrides ini macam tractor lah, kami2 ni kena duduk atas hay. Itu sebab panggil Hayrides kot. Kena bayar tau.. 1 dollar seorang.













TMacouns, MacIntosh, Cortland, Empire, Spencer and Red Delicious ada kat sini. Macam nak tercabut gigi dibuatnya, fresh, juicy and crunchy. Boleh makan banyak mana nak, tapi kalau nak bawa balik.. sila bayar.


Wallaaa... hasil petikan kami.. dalam hati nak buat apa dengan apple2 ni.. apple pie, apple cake, pear pie.. hu...hu..hu... seronoknya.










Cantik tak rumah ni? betul2 mengadap orchards. rasa2 macam rumah tuan punya orchard. Farmers di tanahair, apa lagi usaha lebih sikit.. buat rumah macam ni. Wow.. cantikk sangat.


Marsha





No comments:

Post a Comment