Friday, February 15, 2013

Wati's Birthday

Salam,

Kami buat jamuan untuk menyambut Hari Jadi Wati. Selepas berbincang kami adakan jamuan secara kecil-kecilan aje dirumah Kak Zul. Jadi tidak lah perlu jemput semua kenalan yang ada di sekitar Massuchusetts ni.

Makanan memang banyak, ada mee goreng, kuih-muih yang perbagai dan sambil borak-borak, mulut tak berhenti makan. Saya bawa croissant bread pudding dan hadiah. 

Hadiah apa untuk Wati yang saya bawa ya!

Jambangan bunga ini diperbuat dari Gumpaste. Saya terfikir kalau saya letakkan atas kek sudah tentu tidak boleh disimpan lama. Kalau saya jadikan jambangan didalam pasu bunga, bagi cuaca di sini yang tidak humid sudah tentu kekal selamanya. Nanti boleh dijadikan kenangan bila ternampak aje bunga ni, teringat akan saya.


 

 





Selamat Hari Jadi Wati!!!! semoga hidup diberkati.


Marsha

No comments:

Post a Comment