Sunday, February 17, 2013

Eid Adha 2012 @ Newton MA

Salam, 

Masa berlalu begitu cepat, baru aje Eid Fitri sudah datang pula Eid Adha. Biskut yang dibuat semasa Eid Fitri masih lagi ada, kalau dihidangkan semula boleh tak!...

Saperti biasa, saya akan masak lebih sikit dan jemput rakan-rakan yang rapat datang kerumah dan meraikan kebesaran hari raya haji seadanya.

Rancangan saya kali ni, menjamu rakan-rakan dengan Mee Kari Nyonya dan kuih-muih tradisional. Persediaan dibuat seawal mungkin supaya tidak menjadi kelam kabut pulak nanti.

Kuih muih tradisional yang saya buat lepat pisang, kuih lapis, kuih seri muka, kuih koci, tepung pelita. Kawan-kawan pula menambahkan lagi koleksi kuih-muih, dimana Ram bawa karipap, kak Zul bawa kuih lapis, Wati bawa pastry... emmm seronoknya bila dapat menikmati jaudah bersama-sama.

Kami dah pakat untuk mengenakan jubah dipagi raya.




 



 


 




Bersama "anak-anak" UITM - Harvard

Senyuman manis Kak Nor, Kak Zul dan Wati

Semoga diberkati dan dipanjangkan umur supaya dapat menyambut Eid Adha lagi pada tahun akan datang.

Marsha

No comments:

Post a Comment