Friday, February 1, 2013

A day touring downtown Boston

Salam,

Autumn 2012 hampir ke penghujungnya. Musim berganti musim dan tahun berganti tahun saya tanpa jemu cuba meluangkan masa merakamkan permandangan indah sekitar Boston, sebagai kenang-kenangan suatu masa nanti.

Dua hari sebelumnya dah tengok-tengok cuaca sejuk ke tidak dan kalau boleh mesti lah cahaya matahari biar memancar terang. Bagitahu OH dan ikut sekali dia ke tempat kerja. "Buat apa", katanya. "jalan-jalan" kata saya. 

Saperti coretan yang terdahulu, tujuan utama mestilah mengambil gambar walaupun tempat yang sama tapi kalau betul cara anglenya, gambar turn-up lebih cantik dan menarik.

Berbekalkan bag galas dan camera saya sudah tak kisah orang kiri-kanan. Macam tourist lah konon.. orang pun tak ambil perhatian pun. Masing-masing dengan hala tujuan sendiri, kebanyakkan berjalan laju untuk mengejar masa yang singkat ketempat kerja.

Bermula dari One International PL, office OH saya memulakan operasi... he..he..he..



Kalau kita baca sejarah Amerika, Boston Tea Party merupakan satu event yang amat penting. Pemandangan dikawasan ini sangat cantik pada pagi ini.
Matahari yang memancar terang membuatkan gambar amat cantik. 




Office OH
Ini bangunan office OH, berdiri gagah ditengah-tengah pusat perniagaan dan kewangan Boston.




Financial district Boston

Harbor walk 





Saya kerap kali datang kesini, tanpa rasa jemu kerana setiap kali ke kawasan ini, pemandangannya sentiasa berubah. Samada musim yang berlainan, kapal-kapal yang berlabuh, dan cuacanya. Semua ini merupakan salah satu faktor gambar yang diabadikan akan berlainan dari sebelumnya.

Enjoy the beauty of Harbor Walk Boston:

 







 





Imax Boston



 

 

 












Tamatlah sudah Harbor Walk, dan kini saya berada di sebuah park yang cantik dan dijaga rapi. Ia bersebelahan dengan Marriot Hotel dan opposite tourist spot, Quincy Market.

Bila berseorangan, kita menjadi lebih relax. Ikut kata hati dan kaki mampu nak berjalan kearah mana. Jadi saya mengambil keputusan untuk ke Little Italy. Little Italy ini terletak di North End. Kita hanya perlu berjalan dalam setengah batu dan kita dapat merasakan suasana keitaliannya dari segi nama-nama restoran, orang-orang disitu dan bahasa yang digunakannya.

Lihat apa yang saya jumpa: 

 

Masih pagi restoran pun belum buka.



Restoran Irish pun ada

Verandah hotel ini sangat cute

Dari North End saya berjalan ke arah Quincy Market, banyak aktiviti yang boleh kita lihat disini. Masing-masing mempunyai bakat tersendiri yang membuatkan orang yang datang kesini terhibur.


Hard Rock Cafe Boston

 


Souvenirs Boston boleh dibeli disini.
Aaahhh... jalan-jalan terasa lapar pulak.. apa lagi Quincy Market ni pelbagai jenis makanan ada.. dapat hot chocolate dan pastry sudah cukup untuk menambah tenaga dan bolehlah jalan lagi kearah Boston Common...

State House Boston

High End houses along Beacon St..

 

Add caption

 

Comel budak ni




Macam-macam cara menikmati alam

 





Duduk di sini sehingga hampir petang, kaki pun dah penat, perut pun dah lapar. Apa lagi call OH lah... nak minta makan. Tiba untuk balik rumah, anak-anak akan pulang dari sekolah. Apa lah yang nak dimasak untuk makan malam nanti!!!!..

Marsha

No comments:

Post a Comment