Thursday, March 8, 2012

Winter yang tak menjadi..

Salam,


Post yang lalu saya katakan, winter kali ni malu-malu. Snow pun tak banyak lebih kurang 4 kali aje. Itu pun bercampur dengan hujan.. orang kali wet snow.


Bagus juga, kalau snow tebal, anak-anak kena mengharung snow yang tebal bila pulang dari sekolah. Lebih-lebih lagi mereka akan melalui kawasan hutan dibelakang kawasan perumahan orang kaya... siapa pula nak shovel disitukan.


Walaubagaimanapun senario persekitaran bagi saya masih cantik dengan pokok-pokok yang mempunyai dahan-dahan dan ranting-ranting yang unik.


Saya abadikan permandangan yang cantik ketika matahari terbit dan terbenam memancar kearah pokok-pokok yang togel ni. Ia bagi saya amat cantik dan mendamaikan.


Sunset: sepanjang Charles river. 

 


Sunrise: sepanjang Charles River menghadap Boston City.

 
 

 Sunset: gambar diatas saya ambil dari dalam Museum of Science.






Sunrise: Dahan yang Unik.





 

Sunrise: Boston Common

Sunrise: 

 

Saya amat suka gambar diatas, saya snap ketika matahari naik disekitar kawasan perumahan Brookline. Rumah disini memang besar dan cantik juga classic. Selalunya selepas hantar Shahmir ke Brookline High School untuk latihan Marathon, saya tak melepaskan peluang mengambil gambar rumah-rumah yang cantik ini.

Sunrise: ketika dlm perjalanan ke Wretham







Sunrise: pokok yang cantik

Sunrise: Boston College Resevoir.

Saat-saat begini hanya boleh dirakamkan sekali sahaja. Bulan depan iaitu March, pokok-pokok ini akan berubah bentuk kerana datangnya Musim Bunga. Ranting-ranting ini akan dipenuhi dengan bunga-bungaan pelbagai warna dan bentuk yang amat cantik pula... SubhanaAllah... tuhan maha besar.. tak jemu hidup dinegara orang yang mempunyai empat musim..

Marsha

No comments:

Post a Comment