Tuesday, March 6, 2012

Lawatan sahabat dari Ottawa

Salam,


Seorang kenalan lama datang menghabiskan masa cuti hujung minggu ke rumah. Saya sudah kenal lama dengan Harris ni lama dulu semasa kami tinggal di NYC.


Sekarang Harris berkerja di Ottawa. Tak sangka pula dapat bertemu semula di Amerika ni. Tidak ketinggalan juga pada Kak Rozala dan Abang Zul bersama anak-anak yang datang berkunjung bersama Harris.


Selama 4 hari kerja kami tiada lain dari masak dan makan. Harris ni pakar masak.. dari dulu lagi, macam-macam masakan yang dia ajar pada saya. Tapi tukang masak ni tak ada resepi tepat, dia main agak-agak dan campak-campak. Jadi saya kena tengok betul-betul apa yang dibuatnya.


Ok, disebabkan hari yang lain saya masak, dia janji satu hari bagi peluang dia sediakan dinner pula...menunya: Nasi Ayam Hainan Special...saya pula buatkan dessert Japanese cotton cake dan scones. Saya jemput kenalan dari Connecticut untuk memporak-peranda kan suasana... he..he..he.. rupanya buah tangan tidak dilupakan... mereka bawakan sepasu bunga yang harum baunya dan sebag apples.



Harum baunya semerbak

Masing-masing admired gambar Harris masa muda-muda.

En Harris dan saya bersama hidangan 


Senyuman para tetamu sebelum menjamu selera



Dessert: Apple Crumble (Apple org CT bawa), Japenese cotton, Scones, Cucur Sayur dan Cheese cake


Anak-anak ambil makanan dulu


My Twins

Lepas kenyang.. berhibur pula
Kami menghabiskan masa berborak-borak dan ada yang sampai tergolek-golek apabila Kak Zala buat lawak orang Kelantan.


Bila dah 12.30 pagi baru terperasan dah pagi...Ana, Ita dan anak-anak balik ke CT dan kak Zala dan keluarga ke Lowell.


Bila semua dah balik, malas pula nak kemas dapur. Jadi apa lagi tutup apa yang patut dan biarkan saja. Nanti besok aje kalau nak kemas... what a nice weekend gathering!!!!...


Marsha

No comments:

Post a Comment