Wednesday, March 6, 2013

Twins 15th birthday

Salam,

Masa berlalu tanpa disedari. Anak-anak yang dahulunya diulit, didodoi dan di belai sudah besar, kalau mengikut size sudah melebihi dari saya sendiri.

December 1st, merupakan tarikh hari jadi anak kembar saya.    Biasanya kami hanya menyambut hari ulang tahun ahli keluarga dirumah sahaja. Ia bukan satu event bagi kami. Tidak ada hadiah, kad atau apa sahaja yang selalu orang lakukan. Hadiah akan diberi pada anak-anak, bila-bila masa yang kami rasa perlu tidak semestinya pada harijadi sahaja. Mereka pun tidak pernah meminta-minta.

Untuk harijadi anak-anak, saya akan usahakan membuat sendiri kek untuk mereka. Kek harijadi juga tidak pernah kami beli dikedai. 

Ini lah hasilnya:

3 jenis kek untuk menhasilkannya: Whoopie pie, chocolate cake dan sponge layer cake.



 

Whoopie pie itu saya letakkan letter "S" untuk Shahzwan dan "M" untuk Marishah dan nombor 15 mewakili umur mereka.

Shahzwan yang tahan macho dan Sha yang sweet

Sha & Ayah


Twins and Ayah

My twins

Shahmir yang baik, twins dan Ayah

Anak-anak dan saya

Saya begitu berbahagia dan berterimakasih pada yang Esa memberi anak-anak yang baik. Ini lah tanggungjawab yang perlu kami pikul untuk mendidik mereka sebaik mungkin. 

Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, cemerlang dunia dan akhirat. Aminn...

Marsha

No comments:

Post a Comment