Tuesday, March 12, 2013

Birthday kawan-kawan

Salam,

Setiap bulan kami akan adakan majlis makan-makan disamping menyambut hari jadi rakan-rakan pada bulan tersebut atau yang sewaktu dengannya.

Kali ini, Che Lat bermurah hati menjadikan rumahnya tempat untuk makan-makan dan menjamu selera. Matlamat utama untuk meraikan harijadi Jeffry yang ke 13. Tapi kami masukkan sekali yang lain saperti Arafat, Aizan, Che Lat, Kak Sa, dan twins. 

Ramlah mencadangkan saya membuat cupcakes untuk mereka. Saya saperti biasa, ok aje tanpa bantahan. Sebagai satu perubahan berbanding cupcakes saya fikir lebih baik saya buatkan miniture cakes untuk mereka. Ia nampak comel dan individual. Cake presents ni, macam hadiah lah pada mereka, konon-kononnya. Nak bagi hadiah seorang satu sure tak mampu... he..he..he..

Saya memilih warna merah dan putih kerana kebetulan bertepatan dengan Hari Valentine dan Hari Raya China. Lagi pun saya sukakan kombinasi color ni, mengingatkan saya pada warna tema hantaran perkawinan saya 19 tahun yang lalu.. nostalgia lagi...

Saya membuat 2 layer chocolate cake dengan chocolate frosting dan dipotong dengan ukuran 4x4 inci. Cuba perhatikan setiap satu cake comel ni berlainan design nya kan!!!!...setiap satu mempunyai signature yang tersendiri... saya sangat teruja....!!!!! terperasan lah tu...

Ini lah hasilnya:













Wajah ceria mereka membuat hati saya gembira.
Deco belon-belon tu hasil usaha Puan Ramlah kita... good job!!!!

 





Tiba masa untuk memotong cake, macam-macam gaya ada.


 

 



Ok, kita cerita sikit makanan lain yang disediakan oleh tuan rumah dan rakan-rakan sekelian.



Nasi kuning dan rendang daging... yummm
Emak si Jeff bawa Nasi kuning dan rendang daging... bestnya dah lama tak makan siap deco yang comel lagi. Makanan lain yang dihidangkan adalah laksa, steaks dan kueh-mueh.. thanks CL.

Saya juga ada bawa Whoopie pies... sebenarnya untuk Marishah bawa kesekolah ada makan-makan katanya. Jadi saya buat extra untuk kawan-kawan.

Whoopie pies itu ada 2 jenis: Red Velvet dengan cream cheese filling dan Chocolate whoopie dengan chocolate filling.


 



Saya sukakan gambar ini, saya letakkan buku whoopie pies rujukan saya dibelakangnya.. It's really blend nicely....




Buat rakan-rakan sekelian, saya suka bila anda semua gembira!!!!!....

Marsha

No comments:

Post a Comment