Saturday, March 30, 2013

Skiing Day

Salam,

Hujung minggu banyak benda nak diselesaikan. Disebabkan telah berjanji dengan kawan-kawan New York untuk pergi ski, kami kena meluangkan masa untuk kesana juga. 

Activiti ski ini merupakan activiti tahunan bagi masyarakat Malaysia New York. Jadi kami join lah juga, sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama yang masih ada. Selalunya kami akan bermalam disana. Disebabkan anak-anak lelaki tidak ikut serta jadi kami pergi ke sana pagi dan balik petang. Shahmir dan Shahzwan akan menyertai acara 10km Marathon keesokkan harinya, kata mereka nak rehat. Nanti kalau ski seharian takut kepenatan pula.

Untuk rujukan saya kelak: www.bousquets.com 


Jarak antara Newton ke Pittsfield lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta. Kami bertolak seawal pagi, kalau Marishah dah puas skiing nanti, boleh lah balik awal sikit. Saya bukan pandai pun nak ski ni, dah tua-tua ni kalau lah jatuh mahu tulang patah seribu. Jadi lebih baik lah bagi budak-budak muda aje yang main kita tolong ambil gambar aje.

Pemandangan down hill skiing di Bousquet Area






Marisha Get ready!!..








Wah!!!.. Ayah macam tahu aje routenya .. siap pegang map lagi.

 

Tram untuk ke bukit atas tu.. 

Kena melalui mesin ni untuk tagging









Marisha enjoys skiing walaupun tak ada adik dan abang.

Harap-harap satu hari nanti Sha boleh datang ke sini lagi untuk menikmati musim salji dan enjoy activiti-activiti musim sejuk.

Marsha

No comments:

Post a Comment