Wednesday, June 20, 2012

Dinner for K.Tini and Jeha

Salam,


Bila sampai saja penghujung Spring dan masuk Summer, Boston akan bertukar menjadi tempat pelancung pula. Boston akan didatangi ibubapa dari seluruh dunia bagi menyaksikan hari kebanggaan mereka melihat anak-anak mengenggam segulung ijazah.


Saya berasa bangga bila melihat anak-anak melayu berjaya bukan sahaja mendapat tempat di Universiti terkenal dunia malah berjaya mendapat keputusan amat mengalakkan, sehingga ditawarkan berbagai biasiswa dari universiti mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Tahniah Farah dan Latifah!!!!!!!... mereka ditawarkan biasisiwa untuk keperingkat Sarjana Kedoktoran dalam bidang masing-masing.


Tahniah juga pada Kak Tini sekeluarga kerana kejayaan Adam. Adam bukan saja mendapat ijazah malah mendapat beberapa rekod cemerlang dalam bidang yang diambilnya.


Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menjemput Kak Tini sekeluarga kerumah untuk makan malam. Kebetulan Jeha dan En. Niam juga in-town, bolehlah memeriahkan keadaan. Saya juga menjemput beberapa family lain saperti Wati & Bob, Kak Noriah & family, Ramlah & Family dan Datin Khatijah.


Kawan-kawan yang hadir
Add caption
Makanan juga berbentuk potluck, masing-masing membawa makanan sebagai tambahan. Alhamdulilah bila dihidang... emmm.....satu meja jadinya.


 

 

 

 




 

 




Ladiess... & Gentlemen..... jemput makan!!!!!!..





 Dessert kali ni adalah buah-buahan aje.. saya teringin pulak nak buat basket dari watermelon... seronok bila ia menjadi. Mula-mula risau juga kalau tak balance... mana tahu sengit pulak kalau tak betul potong...sebenarnya memang hajat saya nak belajar fruits carving... harap-harap satu hari nanti saya berpeluang mempelajarinya.


Alamak lupa pulak nak ambil masa basket ni intact..... alhamdulilah selesai...




Nanti nak cuba lagi...


Marsha






No comments:

Post a Comment