Tuesday, June 5, 2012

Nuris- Bridal Shower

Salam,


Seorang teman, Nuris yang sudah lama menetap di Boston, sejak university sampai lah berkerja dan bertemu jodoh disini akan melangsungkan perkawinan pada 1 June, 2012. Persandingan akan diadakan di Malaysia. Jadi kami yang tinggal di Boston merancang untuk mengadakan Bridal Shower untuk beliau. 


Bridal Shower ini diadakan secara kecil-kecilan aje. Saya menjemput beberapa kenalan rapat dan kenalan Nuris. Jemputan seramai 20 orang begitu. 


Makanan disediakan secara potluck, jadi tak lah banyak sangat nak kena buat, kalau nak masak semua sendiri... wah...susah juga ni.


Contributions saya, saperti biasa adalah desserts. Kali ini saya menyediakan Fruits Triffle, Mascorpone cheese moouse chocolate cup, dan Strawberry White chocolate Dip... 


Strawberry white chocolate Dip

 

Fruits Triffle




Macam-macam makanan yang dibawa oleh teman-teman, Kak Sa menyediakan mee goreng, satay, wantan dan popia. Kak Nor pulak bawa kuih melayu. Kak Zul bawa kuih juga Wati bawa chocolate cookies. Ramlah menyediakan cucur udang dan swiss roll sebagai belated birthday cake untuk kak Zul, memang sedap.. kena menuntut ilmu dengan Ram ni.. resepi dah ambil tapi buatnya entah bila....Che Lat bawa Mee Hoon goreng.. yang ini tak sempat nak makan... masa tu kenyang sangat, tak larat nak makan... bila dah habis baru teringat-ingat. Biasalah kan, selalunya begitu lah.






Bila semua makanan sudah lay-out atas meja.. selalunya time bergambar kenang-kenangan dengan makanan .....semua happy mode aje...



Apalah yang dilawakkan tu...kak...oiii...
mula-mula semua maintain bagus aje.... 
aha.... ini ragam mereka sebenar.....

Peace!!!!! and Cheese!!!!!... awat satu bowl tu kosong aje... Kak Sa!!!!!.... mana satay ni....

Che Lat sampai tak larat nak layan peace & cheese mereka ni... 

cute...


Sebelum acara dimulakan bergambar dengan bride dulu... Nuris yang sangat sopan dan manis... mempunyai ciri-ciri melayu Kelantan yang come...


Nice..gals...
Sweet ladies 
Like kak Nor... peace nya sampai dua belah tangan...
Gifts..
Wati memulakan majlis, diikuti dengan ucapan ringkas dari Nuris. Kemudian acara buka hadiah. Kebanyakkan alat-alat dapur... nampaknya Nuris kena buat open house untuk kami semua dengan mengunakan semua peralatan tersebut.


Wati memulakan acara...

ucapan ringkas dari Nuris
acara buka hadiah...



Aizan yang comel




Sebelum acara makan kena bergambar dulu, kalau dah makan nanti semuanya dah tak cantik... lipstick dan make-up dah cair...he..he..he..







 

 

Celebrate Kak Zul belated Birthday...

Gathering kali ini, bagi saya amat sederhana tapi penuh dengan kemeriahan, makanan yang semuanya sedap dan great company.

Walaupun dah kenyang, yang lambat balik (Kak Nor, Kak Sa, Ramlah, Che Lat dan Zarina & family) sempat juga menikmati minum petang; kopi hang tuah dan goreng pisang... sambil berbincang hal-ehwal semasa yang paling hangat... minggu tersebut "BERSIH 3.0".. macam-macam Malaysia ku tercinta ini....





Marsha




No comments:

Post a Comment