Thursday, September 20, 2012

Malaysia Ku 2012

Salam, 

Hi, lama tak berblog. Kali terakhir 3 bulan yang lalu.. tak cukup masa kerana balik Malaysia, kemudian dah puasa tak ada mood nak berkata-kata. Lepas tu dah nak Hariraya berkira-kira nak buat kuih raya lah pulak. Begitu-begini dah masuk bulan September.

September, bulan yang busy juga. Anak-anak dah masuk sekolah. Shahmir grade 11 dan twins grade 10. Risau juga bila fikirkan masa depan anak-anak, kena plan yang sebaiknya untuk mereka. Sekarang bukan macam zaman saya dulu-dulu.. belajar ikut sukatan sekolah kebangsaan yang ditentukan, kemudian kalau ada peluang dan bernasib baik dapatlah melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi kalau tidak jadilah apa-apa...Bagi anak-anak, saya galakkan ambil lah bidang yang diminati, janji buat yang terbaik, 

Saya balik Malaysia atas urusan kerja, mesti balik setiap 2 tahun sekali, kalau tidak habislah license akan ditamatkan... hu..hu..hu.. tapi tak apa lah kan, kalau tak ada kerja saya berangan nak buka cafe. Rasa macam best jugakan... suka-suka.. cafe dibuka hanya untuk "tea time" dari pukul 2pm-5 pm...berbagai jenis tea/coffee dan desserts. Dessert pulak satu hari satu jenis aje... macam hari pie...pelbagai jenis pie, kalau whoopie pie.. ada macam-macam flavor....angan-angan aje tu...semuanya bermula dengan "KALAU"... he..he...he..



Jetblue bersiap-siap untuk menyambut tetamu



Penerbangan MAS dari LA ke Malaysia via Narita

Balik Malaysia pun, hanya 3 minggu, nak kena pergi office dan attend courses, selebihnya balik kampung dan jumpa saudara-mara. Balik kali ni keseorangan, anak-anak tinggal rumah, nasib baik summer holiday tak lah risau sangat kerana mereka akan menghabiskan masa dirumah sahaja.

Sebelum nak tinggalkan mereka dirumah, kena fikirkan juga apa yang akan mereka makan sepanjang peninggalan saya. Jadi seminggu sebelum balik tu, saya dah mula masak berbagai jenis masakan saperti daging masala, rendang ayam dan daging, ayam masak merah, ayam kicap yang akan dibekukan dan mereka hanya masak nasi dan masukkan frozen food tu kedalam oven. Saya kena buatkan duty schedule juga, maklumlah house chores ni, nampak aje mudah.. kalau tak dibuat hari-hari alamat rumah jadi kapal karam pecah. They did very good job juga.. rumah still intact selepas 3 minggu.. so boleh lah tinggal kan mereka lebih lama kerana dah boleh independant.



 



Balik Malaysia kali ni, banyak benda yang membuatkan saya rasa sedih, diantaranya rumah saya yang ditinggalkan tu..nampak kusam dan muram aje mungkin sedih kot tuan nya tak ada.. dah lah macam tu, bila masuk aje lagilah bertambah sedih dengan keadaan yang berselerak, rupanya dah ada orang buat pesta. Mencari benda-benda berharga dan merosakkan harta-benda orang lain. Baik sungguh hati pencuri ni. Harap-harap saya digantikan dengan benda yang lebih baik dari yang telah hilang...

Sepanjang saya di Malaysia, saya tinggal dirumah kakak diSaujana Resort. Mula-mula rasa macam nak tinggal dirumah sendiri, tapi kena ubah rancangan bila tengok keadaan rumah yang begitu.. emmm....


Monorail.. convenient sangat untuk kemana-mana sekitar KL

Untuk kemana-mana saya mengunakan public transport. Setiap hari saya akan berada di dua situasi yang berbeza. Satu di Saujana Resort, kawasan rumah elite yang penuh bergaya dan satu lagi masyarakat dari golongan pertengahan, melakukan berbagai perkerjaan untuk mencari sesuap nasi bagi memenuhi keperluan seharian. Insaf rasanya...bersyukur dengan nikmat yang saya perolehi.



Seronok ketika bagi ikan-ikan ini makan setiap pagi


Hati amat gembira bila dapat bertemu semula dengan rakan-rakan di office. Mr.Wong macam dulu juga tidak banyak berubah.. apa tidaknya dia sentiasa menjaga kesihatan... dari segi makanan, penjagaan mata dan gigi ,semua-semualah termasuk keretanya yang antik tapi dijaga rapi dan masih cantik.





 

The best course place


Keadaan kampung macam dulu juga, Abang Mat berkerja keras memastikan rumah kampung terurus, walaupun pokok-pokok bunga dah semakin besar tapi still cosy aje. Emak macam biasa dengan hobi Orkidnya. Dijaga macam menjaga baby.. pokok-pokok tersebut menjadi gemuk dan segar. Bagus juga kalau ada hobi begini sekurang-kurang nya terhibur hati dan dapat memenuhi masa lapang. Itu sebabnya, berumur 89 tahun pun masih mempunyai minda dan badan yang sihat.


 

 

 

 



 

 

 

Malaysia bergerak pantas dengan pembangunan yang saya kira amat pesat. Bangunan-bangunan tinggi banyak yang telah siap, hampir siap dan dalam progress. Dalam hati saya kata patut lah orang KL ni kaya-kaya.. ada demand adalah supply walaupun harga hartanah yang melampung tinggi.

Diantara pembangunan di KL:


pandangan dari KL central

 

Bangsar telah berubah corak

berdiri gagah

Selepas tiga minggu di Malaysia, tibalah masanya saya akan bertolak semula ke Boston. Walaupun saya sayangkan tanah air saya tapi dalam hati, melonjak kegembiraan dan rasa tak sabar untuk kepangkuan keluarga yang saya sayangi di other side of the world.




LA airpot



Semoga bertemu lagi MALAYSIA....

Marsha




No comments:

Post a Comment