Thursday, November 3, 2011

Plimoth Plantation



Salam,


Semasa di Sekolah Menengah dulu, saya hanya belajar sejarah Eropah. Hah... disini anak2 belajar sejarah Amerika. Saya curi2 juga baca buku Social Study mereka. Lagi pun senang saya tanya mereka ni semasa nak test atau pun quiz. Kalau saya dah faham sejarah Amerika dia orang ni tak boleh nak kelentong saya.. he..he..he..


Massachusetts ni juga dikenali sebagai New England.. kenapa? Bila dah baca sejarah Amerika ni baru saya tahu bahawa Massachusetts ni lah bermulanya sejarah Amerika ni. Sebelum British datang, penghuni asal disini Native America. 


Hari tu, saya bawa anak2 saya ni melawat Plimoth Plantation. Disini ditunjukkan bagaimana kehidupan Native America ni. Tradisional sangat.. 




salah satu rumah contoh kaum native
Pakcik ni explain tentang kehidupan mereka 



Pakaian tradisional, comel aje


Makcik ni buat bakul dari manik2
Kakak cantik ni tanam sayur2an
Lepas tu kami pun beralih lah pula ke perkampungan pilgrim yang berasal dari Eropah. Kena jalan lah sikit melalui anak2 sunyai. Seronok terasa macam kampung lah pulak.









Kapal ni namanya Mayflower, kapal ni lah yang mula2 bawa masuk pilgrim dari Britain dan landing di Cape Code. Akhirnya Plimoth menjadi tempat penempatan colony British. Dan disinilah bermulanya semua sejarah Amerika.


Gerbang masuk
Atas bukit. Hujung sana tu, laut, 

Diatas kapal Mayflower 




Dia orang ni semua playback aje, cara ni barulah kita boleh faham sejarah. Anak2 saya mentang2 dah belajar, banyak soalan mereka yang saya tak boleh jawab... action yek... kena buat ulangkaji ni.. 

Marsha

No comments:

Post a Comment