Friday, November 11, 2011

Falls @ Boston Common Park & Public Garden

Salam,


Bila sebut aje falls, mesti kita terbayangkan warna2 daun yang berbagai dan cantik. Saya ke Boston Common untuk merakamkan permandangan yang cantik ini.


Boston Common adalah tempat bermulanya The freedom Trail, ia merupakan park yang tertua (1634) di MA dan mempunyai keluasan 50 acres. Disini berbagai aktiviti boleh dilakukan saperti picnic, iceskating (Frog Pond) dan ada playground untuk kanak2.


"A picture is worth a thousand words".. ENjoy..










Menyeberangi Charles St kita dah masuk ke Public Botanical Garden. Ia merupakan Botanical Garden yang pertama di US (1837). Musim panas kita boleh naik Swan boats mengelilingi pond ini. Seronok, saya dan anak2 dah naik.








World's smallest suspension bridge.








Saya duduk disalah satu bangku di situ sambil memerhatikan gelagat orang2 yang lalu lalang. Kebetulan lunch time, ramai workers yang bawa bekal masing2, makan sambil berborak2. Saya juga tidak ketinggalan, makan chips dan minum juice. Tak boleh kenyang2 sebab the other half janji nak belanja.


Okay lah, saya berkata dalam hati nak ke Boston Public Library yang tak berapa jauh dari situ. Public Library ni establish pada tahun 1848 dan katanya buku2 yang ada disitu berjumlah 6.1 millions.


Boston Public Library


Menyusur Huntington Ave, saya terpegun dengan hasil architect The Christian Science Museum. Complex ini di design oleh Mary Baker Eddy pada tahun 1879.  







  
Banyak lagi yang boleh di explore di Boston ni.. nanti saya tunjukkan.

Marsha

No comments:

Post a Comment