Monday, April 8, 2013

5K Race

Salam, 

Tahun ini kedua-dua anak lelaki saya menyertai Dreamfar. 

Rujukan: www.dreamfarhsm.org

Pada tahun lepas, 2012 Shahmir menyertai activity ini. Siapa sangka dapat juga dia menamatkan larian sejauh 26.2 miles. Tahun ini adiknya pula tanpa kalah mahu menandingi abangnya. Pada dasarnya mereka ini bukan lah tergolong dikalangan sport person, tapi saya selalu memberi kata dorongan pada mereka, walau apa yang kita lakukan kalau bersungguh dengan penuh disiplin dan tanggungjawab akan mendapat imbuhan yang sewajarnya.

Latihan dijalankan sejak Autumn lalu, setiap minggu mereka akan berlatih selama 4 kali. Pada awalnya pada jarak yang dekat dan jarak akan ditambah secara berperingkat.

5K adalah jarak pertama dalam bentuk larian secara formal yang melibatkan pelajar-pelajar Dreamfar. Pagi-pagi lagi mereka sudah bersiap sedia untuk ke tempat yang ditentukan. 

Mereka dikehendaki berkumpul didewan yang disediakan. Masing-masing mendapat souvenirs dari pihak penaja. Adidas antara penyumbang utama untuk peserta Dreamfar. Mereka mendapat t-shirt, kasut dan macam-macam lagi.




Polis sudah bersiap sedia menjalankan tugas

Parents tanpa ketinggalan memberi semangat pada peserta.

macam-macam gaya ada


Group picture sebagai kenangan





Selepas longgarkan urat-urat saraf sekejap dengan senamrobic yang di selia oleh pro juga nampak gayanya mereka dengan penuh semangat bergerak kegarisan berlepas. 

Kami bertiga penyokong setia ni, sibuk ambil gambar ajelah boleh juga dibuat kenangan nanti.



Starting point

Polis bersiap sedia untuk ascort.


National Anthem, power juga suara budak kecik tu




Kesejukkan ke Ayah?


Menunggu dalam kesejukkan, walaupun sekejap terasa lama. Tangan terasa beku, telinga macam nak putus... he.he..he...


Rumah-rumah dikawasan ini cantik juga

Teringat rumah di Forest Hills Queens NY dulu.. Tudor style


Shahzwan dah sampai...

Shahmir and Mrs. Robert










comel budak-budak ni...

Semoga mereka berlatih lagi bagi memperbaiki masa dalam acara Marathon diRhode Island nanti.

Marsha

No comments:

Post a Comment