Tuesday, May 15, 2012

Reservoir Park - Brookline

Salam,

Kalau saya hendak ke Boston downtown, saya boleh samaada melalui route 9 atau pun Mass Pike highway. Di Route 9 ini terdapat sebuah reservoir yang dinamakan Reservoir Park yang bagi saya tersangat lah cantik nya. 

Saya selalu berangan-angan dan cakap pada other-half (OH) kalau lah boleh saya mempunyai rumah yang menghadap sunyai, kolam atau laut, asalkan ada air jadilah.


Reservoir ini di kelilingi oleh rumah-rumah yang berbentuk tudor dan mewah. Saya rasa kalau ada rumah begini alangkah nikmatnya. Tenang aje fikiran bila melihat panaroma yang begitu.

Pokok-pokok cherries blossom ditanam disepanjang reservoir ini. Apabila tiba musim bunga, sudah tentu lah permandangan disini amat cantik. Saya datang kesini diawal musim bunga tapi pokok-pokok ini masih lagi togel hanya putik-putik bunga sahaja dan beberapa minggu kemudian datang lagi dengan Ramlah walaupun cuaca tak begitu cantik dan mendung. 

Saya abadikan beberapa gambar saperti dibawah: lihat perbezaan nya bagaimana perubahan cuaca boleh mengubah permandangan disitu. Bersyukurlah....

Before
After
Before
After












 


Before
After
Before

After













Before
After
Before
After


 Inilah aktiviti saya, mengabadikan permandangan yang hanya boleh dilihat sekali setahun. Jadi kalau nak tengok bunga dan permandangan begitu kena tunggu lah setahun lagi...

Marsha






No comments:

Post a Comment