Monday, April 23, 2012

Weekend gateaway- Tarrytown NY

Salam,


Ramlah dan saya merancang nak ke NJ, konon nak ambil gambar Cherry Blossom. Katanya ada sebanyak 400 batang pokok cherry dekat park tersebut. 


Ikut ajelah si Ramlah ni, dia tinggal lama disana mesti lebih maklum. Kami bermula dari Boston hari Jumaat, jadinya banyaklah masa nak merayau pada hari Sabtu. Rumah Kak Sham jadi rumah tumpangan kami pada malam itu.


Ramlah bersama dengan keluarga nya dan saya bawa Shasha aje. Boys tinggal dengan ayah mereka. Kira bagi time boys bermesra dengan ayah pulak. Kebetulan Shahmir dan Wan ada PAX East. Apa ke bendanya tu? entah saya pun tak tahu. Tapi bila google ini yang saya jumpa... he..he..he.. itu yang dinamakan "everyday is a learning day"


"In 2004, the folks at Penny Arcade decided they wanted a show exclusively for gaming. Sure, comics, anime, and other nerd hobbies were cool, and those activities all had their own shows… so what about games? From that idea spawned a small 4,500 person event in Bellevue, Washington, focused on the culture and community that is gaming.
Since then, the show hasn’t looked back. Doubling in size each year until venue capacities were reached, in 2010 the show expanded into Boston for PAX East, drawing tens of thousands of attendees in the inaugural year. The shows in Seattle and Boston represent the two largest gaming events in North America!"
Kami sampai agak awal lebih kurang 6:30pm, perjalanan memakan masa 3 jam aje. Wah!!!!.. Ramlah bawa kereta mengalahkan F1.
Kebetulan pada malam itu Kak Wan dan Zarina datang dari Manhanttan. Jadi ramai lah kami bermalam dirumah Kak Sham.
Rumah Kak Sham ni memang best, klasik dan penuh dengan buku-buku ilmiah..bagus sebagai pembakar semangat. Walaupun dan bersara dari UN tapi masih belajar untuk menambahkan ilmu.

Sha relaxing di hall
Suka sangat rumah ni Sooo...Cosy...

 



Basement: Buku dan tempat exercise dan relaxing

 

 

Keesokkan harinya dah janji dengan Ramlah bangun awal-awal nak ambil ambil gambar sunrise dan explore neighbourhood.
Antara rumah jiran-jiran... huhhh...memang cantikkk....




Menyusur jalan sampai kesimpang depan terbentang luas golf course.. alangkah nikmatnya kehidupan dan bersyukur dengan kecantikkan alam ini.




 

 


Dah puas explore dan tengok-tengok rumah di kawasan ni, kami pun berjalan balik dan terserempak dengan Zarina, bersiap2 nak practise running. Zarina ni akan join NY Marathon nanti sekitar bulan September. Terror...


Kasut yang digunakan..





 Rumah Kak Sham lebih berkonsepkan Japanese, mengikut cerita, owner asal berbangsa Jepun. Itulah pasal....landskapnya macam tu..


 




Lepas sarapan pagi dengan nasi lemak yang disediakan oleh Kak Sham kami bertolak ke NJ State Park memakan masa dalam 1 jam.
Bersambung....








No comments:

Post a Comment