Monday, February 13, 2012

Wedding Cake

Salam,


Saya menetap di NYC sejak 2001-2005. Sebelumnya saya mempunyai perkerjaan dan tak pernah tinggal dirumah dan menjadi seorang surirumah sepenuh masa.


Jadi di NYC saya duduk dirumah dan menjadi House Minister. Besar pangkatnya tu kan? Seronok dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Mereka pada masa itu kecil-kecil lagi, yang sulung baru masuk kindergarten dan twins pulak pre-k.


Saya mengambil peluang itu untuk belajar sesuatu. Apa ya? Saya ni memang sangat suka baking tapi tak pernah berkesempatan nak belajar lagipun Oven kat rumah dulu walaupun agak canggih tapi tak pernah baking pun. Mungkin tak ada masa gamaknya.


Apa lagi saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar cake decorating dan pastry. Alhamdulilah saya complete semua courses dari basic sehingga lah gumpaste dan fondant. Permulaannya saya baking, decorating dan bagi-bagi pada kawan-kawan kalau ada majlis-majlis di sekolah, birthday party, perayaan di kedutaan Malaysia di NY dan majlis perkawinan. Tujuannya supaya saya boleh practise, kalau buat kek dan makan sendiri, hai tak laratlah nak makan semua.


Ini lah sebahagian dari hasilnya:


First assignment semasa pulang dari NYC, majlis perkawinan anak seorang kawan. 5 tiers cake covered with lace decorated fondant and white Orchids flowing front top to bottom.
Half prepared before deliver to the Hall at TTDI


Touched up, sha was my helper.

Completed Wedding Cake - Satisfaction
 Majis pertunangan nephew, Farhan. Love shape cake, covered with fondant dan yang mahal tu ribbonnya dan pearls... he..he..he..


 

 




Saya rasa, kek ini saya buat untuk majlis farewell cum hariraya open house di rumah seorang kawan. Hemmm...purple nya..








Cake hantaran untuk anak kepada kawan baik kakak saya. Saya suka warna cake ini. Fondantnya saya warnakan baby blue dan semua flowers termasuk daun white dan saya brush dengan pearl dust... ada beberapa teknik yang saya apply di kek ini.



 Juga cake hantaran untuk majlis perkawinan anak seorang kenalan. Orchid pink juga kesukaan saya.







Aha.. ini pula adalah cake pertama saya di Boston. Dibuat semasa majlis open house. Kebetulan juga adalah kek harijadi.








Ini sebahagian dari koleksi saya, kalau senang-senang akan upload gambar-gambar yang lain pula. Bukannya apa ini merupakan ingatan pada saya juga. Mana lah tahu satu hari nanti boleh anak-cucu tengok-tengok.


Marsha

No comments:

Post a Comment