Thankgiving belum lagi berakhir kerana seekor turkey masih menunggu di dalam peti sejuk untuk dimasak. Pada mulanya nak roast macam biasa aje, puas lah mencari resepi bagaimana nak roast turkey tu.
Tahun sebelumnya ada juga berura-ura dengan Ram nak masak tandoori. Maklum lah lidah melayu nak juga yang berempah tapi tak jadi. Jadi tahun ni bolehlah kan jangan kempunan pulak nanti.
Saya menjemput kawan-kawan datang menjamu selera terutamanya Prof Norma yang akan pulang ketanahair setelah menamatkan kursus jangkamasa pendek dengan Harvard.
Bila masak Tandoori apa pula nak dipadankan dengan nya, saya fikir sedap juga dimakan bersama nasi briyani. Lauk-lauk sampingan adalah saperti dalca, daging masala, acar mentah, dan papodom.
Ini dia hidangan tengahari pada hari ini:
Tetamu terhormat yang comel |
Posing jangan tak posing |
senyuman memikat kak Nor |
Makan ok, tambah jangan segan-segan |
Dessert beli tak sempat nak bake. |
Kawan-kawan lain belum sampai, perut dah lapar jadi kita makan dulu. |
Marsha
No comments:
Post a Comment