Mei 16, 2012 merupakan hari ini dalam sejarah pada anak sulung saya, Shahmir. Selepas berhempus-pulas menjalani latihan intensif selama 6 bulan, akhir nya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Kami bertolak ke Rhode Island pada hari Sabtu, kerana berbagai aktiviti diadakan bagi pasukan DreamFar Marathon yang diwakili 6 buah sekolah di sekitar Massachusetts.
Kami tinggal di Wyndham Garden yang terletak 2 batu dari starting point. Pada mulanya rasa macam jauh aje, tapi rupanya strategic juga hotel ni.. kerana ia terletak dilaluan acara larian tersebut, jadi kami tunggu di perkarangan hotel ajelah untuk ambil gambar dan bagi sokongan.
Hotel ni mengadap laut.. ada small park disitu.. boleh juga kami bersantai.
Menemani Shahmir mendaftarkan diri di Trade Centre. Selain mendapat nombor larian, dia juga mendapat banyak souvenir-souvenir yang lain. Beruntungnya mereka ini, sebab setiap minggu ada saja t-shirt juga sweater yang dibawa balik Shahmir.. saya rasa ini satu cara juga untuk menaikkan semangat mereka ini untuk menyertai acara ini.
Trade Centre - Tempat pendaftaran |
Shahmir dengan bag yang berisi Pin number, t-shrt dan healthy Bar yang disponsor |
Tapi apabila melihat kesungguhannya practise sebanyak 3 kali seminggu.. tanpa mengeluh dan berdisiplin pulak tu bangun seawal 6 pagi pada setiap hari Sabtu. Jadi kami pun bagi lah sokongan moral. Masalah awal yang dihadapinya, apabila jarak larian ditambah pada jarak yang semakin jauh ialah masalah sakit tapak kaki, betis dan lutut. Dia ni jenis kaki flat.. dan sudah tentu kestabilan kurang, ditambah pula dengan berat badan.. kesianlah pulak... bagusnya tak pulak dia kata nak stop aje... dia terus menjalani latihan tidak kira snow, hujan, panas ataupun suhu jatuh tahap beku. Sakit pun sakit lah... paling kuat setiap kali balik dari latihan... ambil ais dan bungkus kaki nya.
Acara sebelah malam pula adalah makan malam, kata-kata semangat dari presiden Dreamfar, mentor-mentor, cikgu-cikgu yang terlibat dan penyampaian sijil penyertaan.
Mentor-mentor memberi kata-kata semangat |
Diantara para peserta |
Presiden DreamFar |
Shahmir Shahroooool....!!!!!! dengan penuh semangat cikgu ni memanggil nama Shahmir.. he..he..he. |
menerima sijil penyertaan |
Shahmir dan sijilnya... |
Penyokong |
bersarapan pagi |
menyendiri... nervous lah tu... |
Beri semangat |
Bergambar sebelum mula acara |
Bersedia.....mula..... |
Berdoa dalam hati semoga dipermudahkan urusan Shahmir. Apabila dah berlepas, kami pun balik ke hotel tunggu Shahmir di depan hotel aje...Nak tunggu tepi jalan 5-6 jam kan lama... jadi balik hotel, boleh sambung tidur..
1 mile more to go... proud of u shahmir |
Ayah pun nak joined jugak.... |
Alhamdulilah Shahmir berjaya menamatkan jarak 26.2 batu, pencapaian rekod nya sendiri kerana, dia tidak pernah dapat lepas jarak 18 batu pun semasa latihan... rasanya dia pun tak sangka dia boleh completed.. he..he..he.. tahniah Shahmir...
Shahmir nampak segar, macam tak ada apa berlaku pun.. mungkin kegembiraan menyebabkan dia hilang rasa penat..balik nanti baru rasa sakit seluruh badan...
Anyway CONGRATULATIONS!!!!!.... Shahmir......
Marsha
No comments:
Post a Comment