Saya menetap di NYC sejak 2001-2005. Sebelumnya saya mempunyai perkerjaan dan tak pernah tinggal dirumah dan menjadi seorang surirumah sepenuh masa.
Jadi di NYC saya duduk dirumah dan menjadi House Minister. Besar pangkatnya tu kan? Seronok dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Mereka pada masa itu kecil-kecil lagi, yang sulung baru masuk kindergarten dan twins pulak pre-k.
Saya mengambil peluang itu untuk belajar sesuatu. Apa ya? Saya ni memang sangat suka baking tapi tak pernah berkesempatan nak belajar lagipun Oven kat rumah dulu walaupun agak canggih tapi tak pernah baking pun. Mungkin tak ada masa gamaknya.
Apa lagi saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar cake decorating dan pastry. Alhamdulilah saya complete semua courses dari basic sehingga lah gumpaste dan fondant. Permulaannya saya baking, decorating dan bagi-bagi pada kawan-kawan kalau ada majlis-majlis di sekolah, birthday party, perayaan di kedutaan Malaysia di NY dan majlis perkawinan. Tujuannya supaya saya boleh practise, kalau buat kek dan makan sendiri, hai tak laratlah nak makan semua.
Ini lah sebahagian dari hasilnya:
First assignment semasa pulang dari NYC, majlis perkawinan anak seorang kawan. 5 tiers cake covered with lace decorated fondant and white Orchids flowing front top to bottom.
Half prepared before deliver to the Hall at TTDI |
Touched up, sha was my helper. |
Completed Wedding Cake - Satisfaction |
Saya rasa, kek ini saya buat untuk majlis farewell cum hariraya open house di rumah seorang kawan. Hemmm...purple nya..
Cake hantaran untuk anak kepada kawan baik kakak saya. Saya suka warna cake ini. Fondantnya saya warnakan baby blue dan semua flowers termasuk daun white dan saya brush dengan pearl dust... ada beberapa teknik yang saya apply di kek ini.
Aha.. ini pula adalah cake pertama saya di Boston. Dibuat semasa majlis open house. Kebetulan juga adalah kek harijadi.
Marsha
No comments:
Post a Comment