Semalam cuaca amat cantik, langit membiru dan matahari bersinar terang. Temperature pun sedap2 aje..selepas snowstorm yang datang tanpa diundang minggu lepas walaupun belum sampai waktunya.
Snowstorm pertama tahun ini, dalam musim falls daun pun tak sempat nak gugur, itu yang menjadi bertambah berat pokok2 tu nak menampung snow yang banyak. Akibatnya banyak pokok2 yang tumpang. Bila tumpang dan menimpa cable, aha.. apa lagi banyak kawasan yang tak ada power.
Walaupun Autumn terencat minggu lepas, minggu ni baru terasa cantiknya daun2 yang berbagai2 warna. Saya mengambil peluang ini berjalan2 menghirup udara nyaman Boston.
Pagi2 dah siap2 nak ke downtown. Saperti biasa bila anak2 ke sekolah saya mempunyai masa saya sendiri untuk pergi rewang2. Bila rewang2 sudah tentu berseorangan lebih relax, nak jalan lenggang2 kangkong pun tak ada siapa yang kisah.
Berbekalkan Camera ditangan, saya mencuba skil yang ada mengambil gambar, seronoknya kerana cuaca terang dan bila lighting cukup gambar pun cantik.
Millenium Bostonian Hotel |
South Station |
Kebelakangan ni macam2 protest ada, maklumlah kononnya kebebasan hak bersuara. Boston tak ketinggalan dalam bab ni. Gambar dibawah adalah Occupy Boston yang macam Occupy Wall Street protests tu. Mereka ni buat khemah/tent sejak 30.9.2011 di Dewey Square depan Federal Reserve Bank of Boston, siap dengan red cross dan gabbage truck pun ada services kat situ..
International Place |
Kalau tourist atau orang yang nak berbasikal bolehlah sewa basikal ni. Swipe aje credit card kad kat mesin yang disediakan, dalam $5 dah boleh ronda2 Boston satu hari. Mudah sekali.
Basikal untuk disewa |
Boston Tea Party harbor |
Old State house & Old North church |
Saya menyusur harbor, tengok2 kapal yang berlabuh disitu, aman damai aje rasa. Walaupun berseorangan, saya tak pulak janggal kerana saya ni macam nature lover lah, bila tengok pokok2 togel pun saya rasa macam cantik sangat.
Boston HarborWalk |
Ralit perhatikan kapal2 yang berlabuh disini, warna air yang biru dan pink reflection dari matahari yang baru naik. Long Whaft ni adalah tourist spot sebab disini lah tempat ferry kalau nak pergi Whales watching atau nak kepulau2 yang berhampiran. Kalau nak tinggal di Hotel Marriots tu pun boleh, senang kalau nak pergi ke Quincy Market, Fanuiel Halls atau Hay Market. Perkhidmatan Troley pun banyak kat depan tu. Pilih aje yang mana berkenan dihati. Harga Troley summer lebih murah berbanding dengan musim lain. Kalau nak ke New England Aquarium dan Old State House Museum pun dekat, sebelah aje.
Long whaft |
Harborwalk |
Pagi2 begini memang banyak burung disini. Ialah macam manusia lah juga nak breakfast. Dia pun nak cari makanan juga. Saya nak cerita sikit pasal burung ni, masa saya jalan2 tu ada seekor burung terbang lalu hinggap di atas rail tu. Hajat hati nak snap satu aje. Kalau saya datang dekat sure dia terbang. Peliknya tak terbang pun, saya datang selangkah demi selangkah sampai betul2 lens saya depan muka seagulls tu. Hasilnya wallaaaa.... saya memang excited dapat ambil gambar begini. Dulu bila tengok National Geography memang saya berangan2 kalau boleh saya dapat ambil gambar2 macam mereka. Sungguh cantik.
Yang membuatkan saya seronok sekali bila perkerja2 yang bertugas di situ boleh berhenti dari perkerjaan yang dibuat mereka supaya tidak menakutkan seagulls tu dan bagi membolehkan saya merakamkan gambar2 diatas. Bila selesai mereka thumbs-up pada saya... saya tersenyum puas dan thumbs-up semula pada mereka.
Columbus Park |
Quncy Market |
Bersenggang2 di kawasan ni aje dah setengah hari. Time to go.
Marsha
No comments:
Post a Comment