Shahmir dan Shahzwan lari untuk half Marathon (13.1miles). Kali ini mereka akan berlari di sekitar bandar Bedford. Acara ini antara latihan untuk menyiapkan diri ke acara Marathon yang lebih mencabar di Rhode Island nanti.
Penyokong-penyokong setia menunggu dengan sabar sebelum acara bermula. |
First Aid tidak ketinggalan memberi khidmat mereka jika diperlukan |
Maskot yang pandai posing, comel aje bila bergaya didepan kamera saya. |
Para sukarelawan menutup jalan digarisan permulaan. |
Ini lah dia map atau jalan yang perlu pelari-pelari lalui untuk acara ini. |
Diantara bangunan-bangunan bersejarah di bandar ini. |
Polis yang bertugas. |
peserta larian |
Disini orang kurang upaya juga boleh melibatkan diri dalam apa saja bidang. |
Perserta sudah kegarisan permulaan. Mana lah agaknya anak bujang saya tu? |
Snap randomly, harap-harap anak bujang berdua tu muncul nanti. |
Masih tertunggu-tunggu... |
Snap lagi!!!!!... |
Harap-harap anak-anak saya berdua ini dapat mengekalkan ciri-ciri disiplin selamanya.
Bila nampak aje Dreamfar group terus snap dan snap.. rupa-rupanya bukan juga |
Aha, akhirnya muncul juga mereka berdua ni, awat jauh dibelakang tu..
Go boys Go.... |
Sementara menunggu mereka tu, tengok-tengok architecture bandar ini, menarik dan banyak sejarah yang boleh dipelajari.
Selepas beberapa ketika kami datang balik kegarisan penamat. Mana boleh lepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat mereka sampai kegarisan penamat. Rugi rasanya kan.. sekurang-kurang nya boleh dijadikan kenang-kenangan untuk mereka nanti.
Itu dia Wan sampai dulu...
Walaupun agak kepenatan, saya dapat merasakan kepuasan terpancar diwajahnya apabila sampai kegarisan penamat. Shahzwan dapat menamatkan acara half marathon dalam masa 2 jam 16 minits. emmm.. not bad for the beginners.. keep it up Wan!!
Suka tengok Mrs Robert ni.. wajah dia sentiasa ceria dan segar dalam apa jua keadaan. |
Shahmir, Ayah dan Wan |
Ehh..eh.. Ayah tak ada medal ke? |
Congratulation Guys!!!... we are proud of you...
Marsha