Hariraya Idilfitri datang lagi, tahun ini kami berhariraya diperantauan lagi. Saya tidak berasa sedih walaupun tidak beraya bersama sanak-saudara di Malaysia yang penting anak-anak dan suami ada dipangkuan saya. Itu sudah cukup membahgiakan. Ditambah pula dengan kesibukan membuat persiapan seadanya.
Saperti kebiasaan saya akan menjemput beberapa keluarga yang rapat datang kerumah selepas mengerjakan ibadah solat sunat hariraya untuk bersarapan pagi bersama-sama. Dapat juga merasakan suasana dan kemeriahan dipagi syawal.
Tahun ini jemputan lebih ramai berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Dulu kami boleh duduk semeja dan boleh borak-borak, terkenang bila Hafiezh masih tinggal di RI sebenarnya dalam apa situasi sekali pun, Hafiezh ni macam center of attraction. Dia banyak sangat nak cakap dan membuat orang lain ketawa terbahak-bahak. Tapi tahun ini jemputan semakin ramai dan kena buat buffet style pula.
Malam raya anak-anak dan OH membantu membersih rumah dan menyediakan apa-apa yang sepatutnya.
Saya bangun seawal 3 pagi. Selepas mengerjakan solat sunat saya memulakan tugas membuat persiapan saperti masak lodeh dan memotong lemang juga nasi Impit. Kalau tidak nanti balik sembahyang akan jadi kelam kabut pula. Saya selalu memastikan semua telah tersedia bila tetamu datang. Betul pun bila kami balik dari sembahyang Kak Sa dan family dan Dr. Shikin juga Prof. Norma dah ada menunggu dalam kereta dihadapan rumah.
Aha... panic sekejap... tapi sekejap aje.. sebab semua dah siap atas meja tinggal membuat coffee aje lagi dan hidangkan makanan yang dipanaskan.
Ini lah hidangan yang saya sediakan untuk para tetamu dipagi syawal:
Rammm... makan biskut topi tu.. bukan letak atas kepala..he..he..he.. |
Senyum Aizan yang manis |
Pilih apa tu Rozy |
Bila dah kenyang baru ada mood nak bergambar..Tangga tema tahun ini.. he..he..he.. lihat lah wajah-wajah ceria mereka.
OH dan saya.. drama minggu ini |
Kak Zul dan Family |
Zeehan dan Family |
Maaf lah ya segala kesalahan yang lalu..ampunkan patik.. |
Ramlah dan Family |
Nice post from Wati dan Bob |
love...love it... very natural... |
Atuknda, neneknda dan cucnda |
Nadirah & Zain |
Handsome Jadon |
So Handsome |
Tengok si Jadon nak menyelit dengan makcik2 glamor |
Rozy & hubby |
Ibu2 generasi muda |
pose ditangga lagi... |
here comes sicomel sophea dan tak ingat nama anak Nur |
Selepas ini, mereka berangkat pula ke rumah Kak Sa dan James.. menu mereka adalah satay. Satay merupakan speciality Kak Sa..
Selamat Hari raya semua.. insyaAllah kita boleh meraikannya lagi pada tahun depan.
Marsha