Tuesday, February 28, 2017

Boston University

Salam,

Masa berlalu begitu pantas, tak terkejar rasanya. Sekarang kita sudah pun berada di tahun 2016. Banyak perkara yang saya tidak catatkan di blog ini.

Tahun 2015, amat mencabar tapi semua nya dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Mak menghadapi penyakit gangrene di kaki kiri. Perhatian yang tinggi perlu untuk mengawal supaya tidak merebak keseluruhan kaki. Umur nya yang telah menjangkau 92 tahun, menghadkan rawatan keatasnya. Setelah setahun berlalu, dia semakin pulih walaupun kehilangan lima jari kaki kiri nya. Syukur akhirnya Mak sudah boleh berjalan walaupun dengan hanya bertongkat.

Dalam masa yang sama Shahzwan dan Marishah telah pun tamat Grade 12 di ISKL. Upacara penyampaian Diploma telah di adakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Terserlah satu kepuasan di wajah pelajar-pelajar dan guru-guru yang begitu committed mendidik anak-anak murid mereka. Mana kan tidak, majoriti pelajar di ISKL ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran mereka ke University yang dipohon di serata dunia. Maka bermula lah satu lagi alam persekolahan yang perlu mereka dilalui. 

Shahzwan nekad untuk meneruskan pelajaran nya di Amerika Syarikat. Banyak juga University yang dipohonnya. Alhamdulilah dia mendapat tawaran dari beberapa University saperti Northeastern University, Boston University, Massachucetts University dan Pennsylvania University. Setelah mengambil kira perbelanjaan yang begitu besar untuk belajar disana, sudah semestinya Shahzwan perlu mendapat bantuan biasiswa untuk menampung bayaran persekolahannya. Syukur sekali lagi, biasiswa yang dipohonnya diluluskan. 

University apakah yang menjadi pilihannya, sudah tentu lah Boston University. BU sentiasa menjadi idamannya sejak belajar di Newton South High School lagi. Ketika dia memohon BU, saya tidak begitu yakin permohonannya diluluskan memandangkan ranking nya yang baik dan memerlukan pencapaian akademik yang tinggi untuk terpilih belajar disana. Tapi itu lah yang dikatakan reseki yang telah ditentukan.

September 2015, bermula lah saat dimana Shahzwan bergelar seorang pelajar dalam bidang Mathematic di Boston University. Dia ke Boston tanpa ditemani oleh sesiapa. Inilah kali pertama, dia menaiki kapalterbang bersendirian. Terimakasih pada rakan di Boston yang menjemput Shahzwan di Logan Airport dan menghantarnya ke University untuk menjalani minggu Orientasi.

Seminggu kemudian kami bertolak ke Amerika. Untuk melihat keadaaan Shahzwan di Boston University dan Shahmir yang kembali untuk meneruskan pelajaran nya di tahun dua di New York University. Terasa amat senang hati mendapati kedua-dua mereka dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat di dunia yang bergelar mahasiswa. 

Dapat juga berjalan-jalan, orang kata sambil menyelam minum air.

Dalam masa yang sama Marishah juga mendapat tawaran University dalam negara untuk meneruskan pelajarannya. Syukur Alhamdulilah. Di harap mereka semua mendapat redha dari yang maha berkuasa untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Ameen

Marsha