Thursday, October 13, 2016

10 October 2016

Sudah lama tidak melihat blog saya, entah kenapa teringin pulak melakar sesuatu dari kotak fikiran saya.

Manusia berubah, senario politik negara berubah malahan perubahan dunia semakin ketara. Anak-anak yang dulu nya kecil sekarang sudah berubah menjadi remaja yang cantik dan kacak dari sudut pandangan seorang ibu. Mereka menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa mendapat pujian, walaupun saya rasa mereka perlu memperbaiki kemahiran 'soft skill' untuk memasuki ruang lingkup kehidupan dunia yang semakin mencabar.

10 October:

Sentiasa diingati dalam diri kerana banyak peristiwa berlaku: Masa berlalu mengajar manusia menjadi lebih waras dan berdiri dengan sendiri.

Perubahan apa yang ingin saya lakukan? Sudah semestinya perubahan yang lebih baik dari semalam dan hari ini untuk kelangsungan hari-hari yang mendatang.

Saya mengakui kelemahan diri, banyak perkara-perkara yang saya tersilap percaturan terutama dalam kehidupan dan mengenali manusia. Tapi setakat ini saya boleh menanganinya dengan baik.

Catatan ini untuk rujukan saya sendiri, seminggu, sebulan, setahun akan datang saya akan membaca dan merenung kembali, apakah diri saya ketika itu bersamaan atau hampir dengan apa yang saya usahakan dan impikan.

Tahun lalu, sudah ada kesedaran untuk memperbaiki tahap kesihatan saya, dengan itu saya bersama anak comel perempuan kesayangan mengambil class fitness. Tahun ini kami sudah semakin fit luaran dan dalaman. kehadiran lemak-lemak yang semakin tepu sudah bertukar menjadi muscle. Thumb up pada kami berdua.  Jadi fitness kami sudah diambil kira dan perlu terus sihat hendaknya.

Penampilan saya: tidak cantik bagai kan artis atau bidadari, tapi sesungguhnya bersyukur dengan apa yang ada, maklum tahun demi tahun, usia semakin bertambah sudah tentu kulit sudah dimamah pancaran cahaya. tapi angka bukan ukuran untuk kita meratapi apa yang telah berlalu. Yang pasti berusaha menjadi manusia yang cantik dalaman dan luaran bukan kepada manusia tetapi dari pandangan maha pencipta.

Bagaimana untuk menjadi cantik dalaman?

Nasihat pada diri.

Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada, anak-anak dan pasangan yang baik, dan keluarga yang tenang tanpa sebarang ribut kencang, laut bergelora. Sekali-sekali ada juga, lidah mana tidak tergigit ini kan pulak rumahtangga. Harapan: Jangan lah saya diuji dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan saya.

Reseki itu bukan sahaja wang ringgit tetapi  jauh lebih luas dari apa yang kita fikirkan. Setakat ini reseki kami sudah cukup lengkap dari segala sudut.

Ketenangan hati dan fikiranlah yang sentiasa dicari oleh manusia.

Adakah saya sudah menemuinya?

Itu lah yang dinamakan manusia yang mempunyai jasad dan jiwa. Sebagai manusia biasa kita sentiasa hendak yang lebih dari apa yang kita ada. contoh: kita hendak orang faham kita, kita hendak orang tahu apa yang kita mahukan. Kalau kita mimpikan itu semua, kita akan menjadi orang yang paling kecewa, sedih, sakit hati.

oklah jom muhasabah diri

Apa perlu saya buat?

Saya perlu jadi diri saya sendiri, tanpa mengharap dan meminta-minta, kerana pengharapan dan permintaan yang tidak dipenuhi atau mencapai tahap yang diingini akan memakan diri sendiri. Saya akan buang perasaan tersebut jauh-jauh supaya jiwa saya lebih tenang.

Kalau saya menerima apa sahaja tanpa diminta-minta, itu namanya reseki yang maha pencipta campakkan kehati manusia dalam kehidupan saya. Alhamdulilah.

Kalau tidak menerima apa-apa, itu boleh saya anggap bukan reseki, dan saya tidak merasa kehilangan dan kecewa juga sakit hati. Dan sekali lagi jiwa saya akan lebih tenang.

Begitu juga sebaliknya, orang-orang disekeliling saya juga harus faham, saya tidak boleh baca apa yang dikehendaki dan tidak boleh memenuhi apa yang diharapkan. Jangan marah: Saya tidak punya apa-apa. 

Walaubagaimanapun saya dengan hati yang ikhlas sedaya upaya melakukan sebaik mungkin terutama kepada orang-orang yang hampir dalam kehidupan saya dan keluarga.


InsyaAllah..

Marsha