Monday, April 8, 2013

5K Race

Salam, 

Tahun ini kedua-dua anak lelaki saya menyertai Dreamfar. 

Rujukan: www.dreamfarhsm.org

Pada tahun lepas, 2012 Shahmir menyertai activity ini. Siapa sangka dapat juga dia menamatkan larian sejauh 26.2 miles. Tahun ini adiknya pula tanpa kalah mahu menandingi abangnya. Pada dasarnya mereka ini bukan lah tergolong dikalangan sport person, tapi saya selalu memberi kata dorongan pada mereka, walau apa yang kita lakukan kalau bersungguh dengan penuh disiplin dan tanggungjawab akan mendapat imbuhan yang sewajarnya.

Latihan dijalankan sejak Autumn lalu, setiap minggu mereka akan berlatih selama 4 kali. Pada awalnya pada jarak yang dekat dan jarak akan ditambah secara berperingkat.

5K adalah jarak pertama dalam bentuk larian secara formal yang melibatkan pelajar-pelajar Dreamfar. Pagi-pagi lagi mereka sudah bersiap sedia untuk ke tempat yang ditentukan. 

Mereka dikehendaki berkumpul didewan yang disediakan. Masing-masing mendapat souvenirs dari pihak penaja. Adidas antara penyumbang utama untuk peserta Dreamfar. Mereka mendapat t-shirt, kasut dan macam-macam lagi.




Polis sudah bersiap sedia menjalankan tugas

Parents tanpa ketinggalan memberi semangat pada peserta.

macam-macam gaya ada


Group picture sebagai kenangan





Selepas longgarkan urat-urat saraf sekejap dengan senamrobic yang di selia oleh pro juga nampak gayanya mereka dengan penuh semangat bergerak kegarisan berlepas. 

Kami bertiga penyokong setia ni, sibuk ambil gambar ajelah boleh juga dibuat kenangan nanti.



Starting point

Polis bersiap sedia untuk ascort.


National Anthem, power juga suara budak kecik tu




Kesejukkan ke Ayah?


Menunggu dalam kesejukkan, walaupun sekejap terasa lama. Tangan terasa beku, telinga macam nak putus... he.he..he...


Rumah-rumah dikawasan ini cantik juga

Teringat rumah di Forest Hills Queens NY dulu.. Tudor style


Shahzwan dah sampai...

Shahmir and Mrs. Robert










comel budak-budak ni...

Semoga mereka berlatih lagi bagi memperbaiki masa dalam acara Marathon diRhode Island nanti.

Marsha

Monday, April 1, 2013

Black & White

Salam,

Sudah lama saya mengidamkan membuat kek yang berwarna hitam putih. Bila tengok blog atau pakar-pakar kek perkawinan menyiarkan kek yang berwarna hitam putih, nampak begitu elegant sekali.

Bila mendapat tahu kami akan membuat majlis untuk meraikan hariraya Ram dan Kat, saya sudah terbayang kek yang berwarna hitam putih. Saperti biasa rakan-rakan akan pin-point saya untuk membuat kek harijadi untuk mereka.

Selalunya saya dengan rela hati mengambil tanggungjawab tersebut. Tambahan pula bila lah lagi saya akan mengimplikasikan creativity saya.

Ini lah hasilnya:




Bunga-bunga tersebut diperbuat dari gumpaste. Saya membuatnya beberapa hari sebelumnya bagi memastikan ia betul-betul kering. Kek saya kali ni berbentuk 3D, ia nampak lebih cantik berbanding bunga-bunga yang flat.

Jangan tak tahu apa saja yang ada kupu-kupu, ribbon atau button memang menarik minat saya. Selalunya kek saya mesti ada trademark ini.

Bagi menambahkan kelembutannya saya akan tambahkan dot yang dipipe sendiri satu persatu. Kalau mengikut jam untuk menghasilkannya sudah tentu tidak berbaloi kalau diberi percuma. Tapi tak apa lah saya buat dengan ikhlas untuk mengembirakan kawan-kawan. Boleh juga saya menambahkan koleksi album kek saya.

Jamuan kali ini dirumah CL. Makanan banyak sekali, yang bestnya ada satay yang dibawa khas dari NYC. Orang jauh pun datang dijemput khas lagi.


Dipersilakan!!!!!!....kata kak Nor

Birthday Girls dengan CL
Bila makanan dah terhidang, jangan lupa ambil gambar kenang-kenangan dulu. Nanti sudah makan hilang pula lipsticks.



 
Ram & Kat
Tiba masa untuk memotong kek, semua tertanya-tanya kita apa didalamnya. kata saya "biarlah rahsia" he...he..he..

Tadaa.....
Potong jangan tak potnng....

Ini dia kek yang berwarna-warni

Happy Birtday RAM....
 Ini mungkin kek terakhir saya diBoston. InsyaAllah.. berjumpa lagi ditempat dan di waktu yang lain.


Marsha