Sunday, February 17, 2013

Thanksgiving 2012

Salam,

Thanksgiving datang lagi. Setiap tahun Kak Sa dan James akan menjadi tuan rumah dan menjemput kami untuk menikmati turkey panggang mereka yang memang sedap.

Bila bertandang kerumah rakan, saya akan memastikan membawa buah tangan yang dibuat sendiri. Apalah agaknya yang akan dibawa untuk menyesuaikan tema thanksgiving. Fikir punya fikir, rasanya Chicken pot pie dan dessert amat bertepatan sekali.


James dengan turkeynya..yummm..

Kak Sa & Sons, Adam and Arif

Sweet potatoes



Chicken Potpie 
Hokaiddo chiffon cupcakes

Apple pie



Ramai peminat hendak belajar cara-cara memotong turkey yang betul he..he..he.

Ram & Karl

Terimakasih Kak Sa, James and family semoga diberkati. Ini merupakan thanksgiving terakhir kami disini. Bila lah agak nya kami dapat merasa Turkey Kak Sa dan James lagi?.

Marsha

10-10-12

Salam,

10-10, nombor yang sentiasa diingati. Tarikh ini merupakan hari jadi saya dan Danny tapi tahun nya sudah tentu berlainan.. he..he..he. 

Che Lat bermurah hati menjemput kami, kumpulan kecil untuk datang kerumahnya untuk meraikan seadanya.



Donut - CL & Wantan - KSa
Nasi Lemak -Ram


Chocolate cupcakes dari saya

Gotong-royong menyediakan sandwish Kak Zul

Makan time

Kek Lapis - Kak Zul


Birthday cake prepared by Danny






Terimakasih CL dan kawan-kawan!!!!!!!

Marsha

Eid Adha 2012 @ Newton MA

Salam, 

Masa berlalu begitu cepat, baru aje Eid Fitri sudah datang pula Eid Adha. Biskut yang dibuat semasa Eid Fitri masih lagi ada, kalau dihidangkan semula boleh tak!...

Saperti biasa, saya akan masak lebih sikit dan jemput rakan-rakan yang rapat datang kerumah dan meraikan kebesaran hari raya haji seadanya.

Rancangan saya kali ni, menjamu rakan-rakan dengan Mee Kari Nyonya dan kuih-muih tradisional. Persediaan dibuat seawal mungkin supaya tidak menjadi kelam kabut pulak nanti.

Kuih muih tradisional yang saya buat lepat pisang, kuih lapis, kuih seri muka, kuih koci, tepung pelita. Kawan-kawan pula menambahkan lagi koleksi kuih-muih, dimana Ram bawa karipap, kak Zul bawa kuih lapis, Wati bawa pastry... emmm seronoknya bila dapat menikmati jaudah bersama-sama.

Kami dah pakat untuk mengenakan jubah dipagi raya.




 



 


 




Bersama "anak-anak" UITM - Harvard

Senyuman manis Kak Nor, Kak Zul dan Wati

Semoga diberkati dan dipanjangkan umur supaya dapat menyambut Eid Adha lagi pada tahun akan datang.

Marsha

Saturday, February 16, 2013

University Visits - Brown University Rhode Island

Salam,

Kami cuba melawat sebanyak University mungkin, sekurang-kurangnya terbuka fikiran anak-anak, dan sebagai pendorong minda supaya belajar rajin-rajin dan berpeluang menikmati alam belajar di campus yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang bermotivasi dan cemerlang.

Lawatan kami kali ini adalah Brown University di Rhode Island. Brown University ini adalah antara Ivy league University. 

Selepas mendengar penjelasan dari pihak pentadbiran, kami dapati University ini lebih berkonsep terbuka, dimana pelajar bebas memilih subjects yang dikehendaki. Interesting... 





 



Hostel students

 

 







Sentiasa berdoa dalam diri, supaya anak-anak menjadi penyejuk hati ibu-bapa. Berjaya dunia dan akhirat.
Amin...


Marsha

University Visits - UMass Amherst MA

Salam,

Lawatan University kami kali ini ialah University Of Massachusetts di Amherst MA, singkatannya orang panggil UMass.

Anak beberapa kenalan belajar di sini. Perjalanan dari rumah memakan masa selama 2 jam. Bertolak awal pagi, jadi kami boleh menghadiri sessi pengenalan dan tour.

Mengikut ranking yang dikendalikan oleh Times, UMass menduduki tangga yang ke 64 "Best world University". Antara yang terbaik dari segi penyelidikan juga.

Pendaftaran disini

Ibupada dan students berkumpul disini untuk mendengar penjelasan dari pihak pentadbiran.


Wan dan Shahmir dihadapanVisual Art centre

Sha dan Ayah - Apa yang dibincangkan tak tahu lah..


Saperti biasa Wan memang suka main-main..

Abang normally lebih sikit kemachoan nya...






Business and Management school









Library - building yang paling tinggi



Hostel students

touring session



Aha... kalau Shahmir nak masuk Math department .. lecture class disini.

Satu lagi university yang boleh diambilkira..fikir-fikirkan Shahmir.. good luck!!!!

Marsha