Wednesday, June 20, 2012

Dinner for K.Tini and Jeha

Salam,


Bila sampai saja penghujung Spring dan masuk Summer, Boston akan bertukar menjadi tempat pelancung pula. Boston akan didatangi ibubapa dari seluruh dunia bagi menyaksikan hari kebanggaan mereka melihat anak-anak mengenggam segulung ijazah.


Saya berasa bangga bila melihat anak-anak melayu berjaya bukan sahaja mendapat tempat di Universiti terkenal dunia malah berjaya mendapat keputusan amat mengalakkan, sehingga ditawarkan berbagai biasiswa dari universiti mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Tahniah Farah dan Latifah!!!!!!!... mereka ditawarkan biasisiwa untuk keperingkat Sarjana Kedoktoran dalam bidang masing-masing.


Tahniah juga pada Kak Tini sekeluarga kerana kejayaan Adam. Adam bukan saja mendapat ijazah malah mendapat beberapa rekod cemerlang dalam bidang yang diambilnya.


Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menjemput Kak Tini sekeluarga kerumah untuk makan malam. Kebetulan Jeha dan En. Niam juga in-town, bolehlah memeriahkan keadaan. Saya juga menjemput beberapa family lain saperti Wati & Bob, Kak Noriah & family, Ramlah & Family dan Datin Khatijah.


Kawan-kawan yang hadir
Add caption
Makanan juga berbentuk potluck, masing-masing membawa makanan sebagai tambahan. Alhamdulilah bila dihidang... emmm.....satu meja jadinya.


 

 

 

 




 

 




Ladiess... & Gentlemen..... jemput makan!!!!!!..





 Dessert kali ni adalah buah-buahan aje.. saya teringin pulak nak buat basket dari watermelon... seronok bila ia menjadi. Mula-mula risau juga kalau tak balance... mana tahu sengit pulak kalau tak betul potong...sebenarnya memang hajat saya nak belajar fruits carving... harap-harap satu hari nanti saya berpeluang mempelajarinya.


Alamak lupa pulak nak ambil masa basket ni intact..... alhamdulilah selesai...




Nanti nak cuba lagi...


Marsha






Friday, June 15, 2012

Shahmir's DreamFar Marathon @ Rhode Island

Salam,


Mei 16, 2012 merupakan hari ini dalam sejarah pada anak sulung saya, Shahmir. Selepas berhempus-pulas menjalani latihan intensif selama 6 bulan, akhir nya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.


Kami bertolak ke Rhode Island pada hari Sabtu, kerana berbagai aktiviti diadakan bagi pasukan DreamFar Marathon yang diwakili 6 buah sekolah di sekitar Massachusetts. 


Kami tinggal di Wyndham Garden yang terletak 2 batu dari starting point. Pada mulanya rasa macam jauh aje, tapi rupanya strategic juga hotel ni.. kerana ia terletak dilaluan acara larian tersebut, jadi kami tunggu di perkarangan hotel ajelah untuk ambil gambar dan bagi sokongan.





Hotel ni mengadap laut.. ada small park disitu.. boleh juga kami bersantai.


 

 

 


 


Menemani Shahmir mendaftarkan diri di Trade Centre. Selain mendapat nombor larian, dia juga mendapat banyak souvenir-souvenir yang lain. Beruntungnya mereka ini, sebab setiap minggu ada saja t-shirt juga sweater yang dibawa balik Shahmir.. saya rasa ini satu cara juga untuk menaikkan semangat mereka ini untuk menyertai acara ini.  


Trade Centre - Tempat pendaftaran

Shahmir dengan bag yang berisi Pin number, t-shrt dan healthy Bar yang disponsor
Pada mulanya kami tak lah meletakkan harapan sangat pada Shahmir ni.. maklum lah bila dia kata nak join activiti Marathon.. dalam hati kata mesti half way aje tu.. tentu dia give-up nanti. Shahmir ni bukan athlete orangnya..dan tak pernah pun masuk apa-apa acara larian sekolah..terperanjat lah juga. 


Tapi apabila melihat kesungguhannya practise sebanyak 3 kali seminggu.. tanpa mengeluh dan berdisiplin pulak tu bangun seawal 6 pagi pada setiap hari Sabtu. Jadi kami pun bagi lah sokongan moral. Masalah awal yang dihadapinya, apabila jarak larian ditambah pada jarak yang semakin jauh ialah masalah sakit tapak kaki, betis dan lutut. Dia ni jenis kaki flat.. dan sudah tentu kestabilan kurang, ditambah pula dengan berat badan.. kesianlah pulak... bagusnya tak pulak dia kata nak stop aje... dia terus menjalani latihan tidak kira snow, hujan, panas ataupun suhu jatuh tahap beku. Sakit pun sakit lah... paling kuat setiap kali balik dari latihan... ambil ais dan bungkus kaki nya.


Acara sebelah malam pula adalah makan malam, kata-kata semangat dari presiden Dreamfar, mentor-mentor, cikgu-cikgu yang terlibat dan penyampaian sijil penyertaan.


Mentor-mentor memberi kata-kata semangat

Diantara para peserta

Presiden DreamFar
Shahmir Shahroooool....!!!!!!  dengan penuh semangat cikgu ni memanggil nama Shahmir.. he..he..he.

menerima sijil penyertaan

Shahmir dan sijilnya...

 

Penyokong 
Sunday, hari yang ditunggu.. Peserta DreamFar memulakan acara larian seawal 6 pagi, Shahmir dikehendaki berada di West In Hotel untuk bersarapan pada pukul 5 pagi.. supaya makanan hadam dan tidak memudaratkan nanti, maklumlah amatur, sekurang-kurangnya memakan masa selama 5-6 jam untuk menghabiskan 26.2 batu... teruk tu... kalau saya lari 1 batu aje dah mengah.. kalau 10 batu... pengsan terus..


bersarapan pagi

menyendiri... nervous lah tu...




Beri semangat

Bergambar sebelum mula acara

Bersedia.....mula.....

Berdoa dalam hati semoga dipermudahkan urusan Shahmir. Apabila dah berlepas, kami pun balik ke hotel tunggu Shahmir di depan hotel aje...Nak tunggu tepi jalan 5-6 jam kan lama... jadi balik hotel, boleh sambung tidur..

 

 

1 mile more to go... proud of u shahmir

Ayah pun nak joined jugak....

 

 

 


Alhamdulilah Shahmir berjaya menamatkan jarak 26.2 batu, pencapaian rekod nya sendiri kerana, dia tidak pernah dapat lepas jarak 18 batu pun semasa latihan... rasanya dia pun tak sangka dia boleh completed.. he..he..he.. tahniah Shahmir...












Shahmir nampak segar, macam tak ada apa berlaku pun.. mungkin kegembiraan menyebabkan dia hilang rasa penat..balik nanti baru rasa sakit seluruh badan...


Anyway CONGRATULATIONS!!!!!.... Shahmir......


Marsha