Monday, February 13, 2012

Kampung KU

Salam,

Saya orang kampung, saya suka sebab hidup dikampung best. Masa saya kecil-kecil dulu saya banyak binatang kesayangan. Saya ada ayam, itik, angsa, ikan, kambing, lembu, kucing. Selain itu sekeliling rumah saya penuh dengan pokok buah-buahan. Macam-macam kenangan saya ada. Bila ingat-ingatkan mesti gelak sendiri. 

Disebabkan saya anak yang bongsu dalam keluarga, saya lah anak yang paling lama tinggal dikampung. Jadi saya seronok kalau masa feeding time untuk binatang-binatang kesayangan saya.  Cuba bayangkan dah lah kecil masa bawa makanan dan dikerumuni oleh mak ayam, pak ayam, anak ayam yang kelaparan... dengan-dengan saya sekali boleh jaga makanan. Dipatuk-patuknya kaki dan tangan saya...aduhhhh sakitnya..

Saya tak suka angsa. Angsa-angsa ni garang sungguh.. kalau dia patuk.. bukan patuk aje... tapi siap menyudu sekali... sampai lebam-lebam peha saya dibuatnya.

Budak-budak zaman sekarang mesti tak ada experience jadi "Vet doctor". Saya tak perlu masuk U tapi selalu deliver baby kucing he...he...he.. kalau observe kambing, lembu, deliver jangan cakaplah hampir setiap hari... hari ini kambing, esok lembu, kemudian kucing, saya boleh berdiri disitu konon-konon nak consol lah. Saya akan tengok process tu sampai habis...kalau anak-anak saya mesti dia orang lari. Kadang-kadang suka kacau mak ayam nak menetaskan telur.. saya jugak akan tolong kopekkan kulit telur tu... tak sabar nak tengok warna anak ayam-anak ayam tu. Nakal saya ni kan. Itu lah pasal selalu kena patuk dengan mak ayam...Mak ayam tu mesti cakap, budak ni...Kacau aje!!!....

Berbagai jenis pokok buah-buahan ditanam disekeliling rumah saya. Rambutan, manggis, langsat, durian, binjai, betik, pisang, ciku dan macam-macam lagi. Seronoknya bila mengenang zaman kecik-kecik. Kami juga ada dua kolam ikan air tawar... huhhhh... memang best.

Sekarang ni semuanya hanya tinggal kenang-kenangan aje. Tapi Alhamdulilah, rumah kampung saya masih kekal saperti itu dan Abang Mat menjaga kebersihan sekeliling kawasan rumah. Kecuali pokok buah-buahan yang dah tua-tua sudah pun ditebang dan diganti dengan yang  baru. Mak pulak jenis yang suka bunga-bungaan...

Lihatlah kampung saya ini...memang best...








eh..eh... siapakah itu?










 


 














 







Cantikkan... gambar-gambar diatas saya abadikan semasa saya pulang ke Malaysia pada tahun 2010 untuk bercuti. Penghargaan pada Abang Mat dan Mak yang menjaga kebersihan sekeliling rumah dan banyak spesis buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada.

Marsha

Wedding Cake

Salam,


Saya menetap di NYC sejak 2001-2005. Sebelumnya saya mempunyai perkerjaan dan tak pernah tinggal dirumah dan menjadi seorang surirumah sepenuh masa.


Jadi di NYC saya duduk dirumah dan menjadi House Minister. Besar pangkatnya tu kan? Seronok dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Mereka pada masa itu kecil-kecil lagi, yang sulung baru masuk kindergarten dan twins pulak pre-k.


Saya mengambil peluang itu untuk belajar sesuatu. Apa ya? Saya ni memang sangat suka baking tapi tak pernah berkesempatan nak belajar lagipun Oven kat rumah dulu walaupun agak canggih tapi tak pernah baking pun. Mungkin tak ada masa gamaknya.


Apa lagi saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar cake decorating dan pastry. Alhamdulilah saya complete semua courses dari basic sehingga lah gumpaste dan fondant. Permulaannya saya baking, decorating dan bagi-bagi pada kawan-kawan kalau ada majlis-majlis di sekolah, birthday party, perayaan di kedutaan Malaysia di NY dan majlis perkawinan. Tujuannya supaya saya boleh practise, kalau buat kek dan makan sendiri, hai tak laratlah nak makan semua.


Ini lah sebahagian dari hasilnya:


First assignment semasa pulang dari NYC, majlis perkawinan anak seorang kawan. 5 tiers cake covered with lace decorated fondant and white Orchids flowing front top to bottom.
Half prepared before deliver to the Hall at TTDI


Touched up, sha was my helper.

Completed Wedding Cake - Satisfaction
 Majis pertunangan nephew, Farhan. Love shape cake, covered with fondant dan yang mahal tu ribbonnya dan pearls... he..he..he..


 

 




Saya rasa, kek ini saya buat untuk majlis farewell cum hariraya open house di rumah seorang kawan. Hemmm...purple nya..








Cake hantaran untuk anak kepada kawan baik kakak saya. Saya suka warna cake ini. Fondantnya saya warnakan baby blue dan semua flowers termasuk daun white dan saya brush dengan pearl dust... ada beberapa teknik yang saya apply di kek ini.



 Juga cake hantaran untuk majlis perkawinan anak seorang kenalan. Orchid pink juga kesukaan saya.







Aha.. ini pula adalah cake pertama saya di Boston. Dibuat semasa majlis open house. Kebetulan juga adalah kek harijadi.








Ini sebahagian dari koleksi saya, kalau senang-senang akan upload gambar-gambar yang lain pula. Bukannya apa ini merupakan ingatan pada saya juga. Mana lah tahu satu hari nanti boleh anak-cucu tengok-tengok.


Marsha