Saturday, December 31, 2011

Good bye 11 and Welcome 12

Salam,


Tahun 2011 menunggu saat untuk berlalu dan menjadi kenangan. Tapi banyak ke kenangan yang ada ataupun dah lupa apa yang berlaku. Kalau nak list down macam tak banyak mana pun. Saya rasa itulah yang bagusnya.. menunjukkan saya tak ada masalah besar yang dihadapi sepanjang 2011. 
Selalunya kalau ada peristiwa besar dan yang pahit sahaja yang melekat dalam ingatan..betul tak?

Alhamdulilah semua perkara sepanjang 2011 dilalui dengan sempurna, kira saya boleh managed kehidupan saya dengan baik lah... kalau cikgu nak ukur tahap pencapaian, saya rasa Ok lah... dapat paling tinggipun B+. emmmm... jadi banyak ruang untuk memperbaiki diri lagi.

Saya selalu juga terfikir, adakah nikmat yang kita ada hari ini boleh kita nikmati selamanya. Contohnya kalau pokok yang dekat tepi tingkap dapur ni masih ada di situ besok atau tumbang di tiup angin atau pokok itu masih ada tapi saya pulak yang sudah kemana!!!!!... jadi the morale of the story bersyukur lah apa saja yang kita kecapi hari ni...dan nikmati hari2 yang mendatang sebaik mungkin bak kata orang Life is too short.

Dibawah adalah gambar2 yang saya ambil sebagai kenangan 2011 manalah tahu pada tahun 2012 senario & landskapnya berubah atas sebab2 tertentu pula.


Snow yang turun pada 2011 agak tebal, begini lah rupanya rumah kami selepas snowstorm. Cantik kan...



Matahari memancar terang tapi sejuk giler

 

Semasa snowstorm melanda

Pokok dan pintu masuk depan covered with snow

kalau tahun 2011 setebal ni.. bagaimana pula 2012?

Ice dripping dari bumbung.. boleh jadi langsir.
 Betapa bertuahnya orang yang tinggal di negara 4 musim, landskap akan berubah2 setiap 3 bulan sekali. Ini pula gambar di musim panas... cuaca terang... hidup lebih ceria..



 


 







Bila musim panas berlalu, suhu yang panas akan perlahan-lahan berkurangan dan menjadi sejuk. Daun2 yang menghijau akan bertukar warna kepada brown, yellow, red, orange mengikut jenis pokok. Kombinasi warna2 tersebut menjadi suasana alam amat cantik.
Cuba lihat gambar2 yang saya abadikan dibawah:



















Itulah yang saya katakan, perubahan cuaca amat mempengaruhi kejadian alam. Terpegun akan kebesaran yang berkuasa.


Harap2 apa yang saya nikmati hari ini dapat juga dirasai untuk beberapa generasi yang akan datang.. doakan dunia ini aman makmur hendaknya. 


Tik.. tok... tik... tok...Selamat Tahun Baru!!!!!!....


Marsha

Friday, December 16, 2011

Majis Perkawinan di New Hampshire - Part 2

Bersambung....


Salam,


Selepas beberapa bulan membuat persiapan semua rakan2 termasuklah keluarga pengantin, tibalah masanya kami2 ini nak kena deliver... ok part saya semuanya dah siap...


Pagi2 saya dan OH (other-half) dah berkemas2 dan memasukkan barang2 ke dalam kereta... berdebar2 juga maklum lah tersilap saja, kerja2 berbulan2 berkecai begitu sahaja... nak kena pastikan cake diposition yang betul takut fall apart pulak dan semua bahan2 keperluan/tools yang diperlukan ketika didewan nanti tidak tertinggal. Check-list disemak beberapa kali.... risaunya....


Alhamdulilah semua berjalan lancar, saya share gambar2 untuk dijadikan kenangan:


Nasib baik ada assistant
Lega rasanya bila cake selamat diletakkan atas meja..

Hantaran dari kedua belah pihak.. OH pun terlibat sama..

Bunga Manga 
Acara silat

Acara tabur coins kat budak2

Meja untuk para jemputan

posing dulu...semua happy kan

Majlis merenjis... first time.. pakai boh aje... mana yang dulu tidak diutamakan...

Pasangan Pengantin

Cuba perhatikan lace dibaju pengantin dengan lace dicake saya...cool..

Acara potong Cake

Saya & Other-half


Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan majlis dirai bersama sahabat-handai dan saudara-mara dengan semangat bergotong-royong..


Marsha





Majis Perkawinan di New Hamsphire - part 1


Salam,


Kami yang tinggal disini terlalu excited kerana buat pertama kalinya masyarakat melayu Massachusetts, New Hamsphire, Maine bergabung tenaga untuk menjayakan majlis perkawinanan anak seorang rakan di New Hamsphire.


Tema kami sudah tentunya berunsurkan budaya Melayu...kami cuba buat yang terbaik walaupun kekurangan sumber.. jangan marah semuanya lengkap... ada acara bertukar2 hantaran dari pihak lelaki dan perempuan, bunga mangga, acara silat, acara berpantun dalam bahasa orang putih lagi... so cute... acara sekatan (yang mintak duit tu- panggil apa ya), bertepung tawar, bunga rampai, bunga telur dan acara baling duit pada kanak2... Makanan pula dihidangkan nasi minyak dan lauk-pauk yang berbagai2. Memang seronok...


Terngaga juga lah para jemputan yang lain terutama matsalih2 tu...


Kami dibagi2 tugas, kesian pula pada mak pengantin... pengsan nanti kalau semua nak kena buat sendiri...


Tugas yang dipertanggungjawabkan pada saya
1. Kek untuk acara potong kek
2. Deco dan set-up meja pengantin


Berat tugas tu kan....


Saya perlu organize betul2, iyalah kan takut kalau-kalau tak cantik pula majlis orang... dengan niat tulus ikhlas...semoga diberkati:


Tugasan pertama: Cake


Setelah berbulan dan beratus jam mengulit, ini lah hasil cake saya,

Sebelum jadi begitu, saya tunjukkan peringkat2nya... banyak dan perlukan kesabaran....details dititikberatkan...
Cake ni ada 4 tier, 


3 tiers on top
Butterflies dan laces


completed top 3 tiers with spray flower attached




























Bottom tier pulak: Base board saya pastikan di cover dengan fondant juga.. di tambah dengan details saperti laces dari royal Icing dengan itu barulah nampak kemas dan elegant...


Bunga2 tu semuanya di perbuat dari Gumpaste:... orang yang  pernah buat bunga2 dari Gumpaste ni saja yang memahami...
Bunga2 pilihan saperti Roses, Peonies, Jasmine, sweet peas, calla lilies, Orchids etc...masa yang diambil.. terlalu panjang kerana dibuat secara berperingkat2 sehingga jadi macam tu..
End results...satisfying....





Hah... tak lengkap kalau pisaunya togel aje kan... jadi saya attached kan small flower spray dan ikatkan dengan ribbons.. hemmm.. happy aje....


Tadi saya kata saya juga ditugaskan keatas meja pengantinkan... jadi untuk dessertsnya saya buatkan miniture cakes...yang comel...


Tugasan ke2: Meja pengantin


Apa yang saya perlu buat - table flower, table deco dan table place setting...


Hasilnya tadaaa....
Table Flower
Table Deco
Mission Accomplished
Table place setting



Posing sikit




Bersambung....