Tuesday, November 22, 2011

Birthday and farewell Brunch @ Tyngsboro

Salam,


Seorang kawan yang tinggal di Tyngsboro mencadangkan untuk membuat brunch dirumahnya. Kami merancang untuk membuat birthday party cum farewell untuk seorang kenalan yang akan balik ke Malaysia for good.


Saperti biasa saya ditugaskan untuk membuat birthday cake...emmm birthday ni untuk 3 orang serentak. Saya ni kalau cake selalu bak kata orang yang warnanya tenang2 aje.....kali ni saya nak buat yang colornya really terang-benderang.


Tadaaa........ ini lah hasilnya... other-half saya kata "horrible", anak lelaki saya kata macam funeral color.. selalu coffin mat saleh, color dia macam ni dan mereka letak white flowers atasnya...my girl pulak always encouraging and supportive... dia kata "cantik mama... nice"... terangkat lah sikit.... apa nak buat nasiblah labu.....


Birthday Cake
Two-tier cake, dengan peony flowers. Saya suka peony, walaupun besar tapi ia cantik. Spray flowers semuanya diperbuat dari Gumpaste. 1st tier saya buat butter cake dan chocolate cake dengan buttercream frosting sementara 2nd tier Honey Vanilla cake.




Fondant merah dan hitam ni saya beli on-line aje, tak laratlah nak letak coloring, tergeliat tangan saya nak mengulinya lagipun susah nak dapat color yang macam ni...apa yang saya tahu pakar2 cake di NY macam chef rujukan saya Ron Israel semuanya pakai yang ready made... malahan buttercream pun yang dah siap... bukan nya apa kalau sedikit boleh lah buat sendiri tapi kalau dah banyak susah juga. Dapur sudah semestinya penuh dengan debu confectionary sugar.. kalau ready-made consistencynya lebih baik.







Rakan2 yang hadir

Birthday Girls
Lama betul brunch ni, bukan lagi brunch ni masuk tea dan dinner.. hari pun dah gelap... masa untuk balik dan ambil anak2 yang kebetulan hari tu ada class di MIT.. harap2 satu hari nanti anak2 dapat jadi resident tetap MIT pulak.. mana tahu angan2 jadi kenyataan.. Aminnn....


Marsha

Friday, November 11, 2011

Falls @ Boston Common Park & Public Garden

Salam,


Bila sebut aje falls, mesti kita terbayangkan warna2 daun yang berbagai dan cantik. Saya ke Boston Common untuk merakamkan permandangan yang cantik ini.


Boston Common adalah tempat bermulanya The freedom Trail, ia merupakan park yang tertua (1634) di MA dan mempunyai keluasan 50 acres. Disini berbagai aktiviti boleh dilakukan saperti picnic, iceskating (Frog Pond) dan ada playground untuk kanak2.


"A picture is worth a thousand words".. ENjoy..










Menyeberangi Charles St kita dah masuk ke Public Botanical Garden. Ia merupakan Botanical Garden yang pertama di US (1837). Musim panas kita boleh naik Swan boats mengelilingi pond ini. Seronok, saya dan anak2 dah naik.








World's smallest suspension bridge.








Saya duduk disalah satu bangku di situ sambil memerhatikan gelagat orang2 yang lalu lalang. Kebetulan lunch time, ramai workers yang bawa bekal masing2, makan sambil berborak2. Saya juga tidak ketinggalan, makan chips dan minum juice. Tak boleh kenyang2 sebab the other half janji nak belanja.


Okay lah, saya berkata dalam hati nak ke Boston Public Library yang tak berapa jauh dari situ. Public Library ni establish pada tahun 1848 dan katanya buku2 yang ada disitu berjumlah 6.1 millions.


Boston Public Library


Menyusur Huntington Ave, saya terpegun dengan hasil architect The Christian Science Museum. Complex ini di design oleh Mary Baker Eddy pada tahun 1879.  







  
Banyak lagi yang boleh di explore di Boston ni.. nanti saya tunjukkan.

Marsha

Thursday, November 10, 2011

HarborWalk, Boston

Salam,


Semalam cuaca amat cantik, langit membiru dan matahari bersinar terang. Temperature pun sedap2 aje..selepas snowstorm yang datang tanpa diundang minggu lepas walaupun belum sampai waktunya. 


Snowstorm pertama tahun ini, dalam musim falls daun pun tak sempat nak gugur, itu yang menjadi bertambah berat pokok2 tu nak menampung snow yang banyak. Akibatnya banyak pokok2 yang tumpang. Bila tumpang dan menimpa cable, aha.. apa lagi banyak kawasan yang tak ada power.


Walaupun Autumn terencat minggu lepas, minggu ni baru terasa cantiknya daun2 yang berbagai2 warna. Saya mengambil peluang ini berjalan2 menghirup udara nyaman Boston.


Pagi2 dah siap2 nak ke downtown. Saperti biasa bila anak2 ke sekolah saya mempunyai masa saya sendiri untuk pergi rewang2. Bila rewang2 sudah tentu berseorangan lebih relax, nak jalan lenggang2 kangkong pun tak ada siapa yang kisah.


Berbekalkan Camera ditangan, saya mencuba skil yang ada mengambil gambar, seronoknya kerana cuaca terang dan bila lighting cukup gambar pun cantik.


Millenium Bostonian Hotel




South Station
South Station ini adalah station keretapi dan bus express ke South. Saya ada juga beberapa kali menaiki bus ke New York, macam2 company ada. Saya suka ambil Bolt Bus, tambangnya murah dan amat selesa. 


Kebelakangan ni macam2 protest ada, maklumlah kononnya kebebasan hak bersuara. Boston tak ketinggalan dalam bab ni. Gambar dibawah adalah Occupy Boston yang macam Occupy Wall Street protests tu. Mereka ni buat khemah/tent sejak 30.9.2011 di Dewey Square depan Federal Reserve Bank of Boston, siap dengan red cross dan gabbage truck pun ada services kat situ..







International Place
Bangunan ni lah tempat other half saya kerja. Ada 2 tower, tower 1 dan 2. Glam lah gitu.. 


Kalau tourist atau orang yang nak berbasikal bolehlah sewa basikal ni. Swipe aje credit card kad kat mesin yang disediakan, dalam $5 dah boleh ronda2 Boston satu hari. Mudah sekali.


Basikal untuk disewa
Kita mesti selalu dengar Boston Tea Party? apa kebendanya tu.. memang party ke? tidak.. dulu masa zaman colonist, mereka bawa masuk tea ke Massachusetts. Disebabkan masalah kewangan East India Company, British Government telah meluluskan Tea Act pada tahun 1773, kenakan cukai keatas pengimportan tea. Apa lagi colonist protest lah, mereka buang aje tea dari kapal yang sampai di Boston Harbor. Maka bermulalah American Revolution lepas tu. kalau saya ada masa tu, saya buang gula pulak lepas tu masing2 pakat tuang dalam tea port... yummmmy.. minum tea dan makan karipap atau goreng pisang.. he...he..he..


Boston Tea Party harbor

Old State house & Old North church
 


Saya menyusur harbor, tengok2 kapal yang berlabuh disitu, aman damai aje rasa. Walaupun berseorangan, saya tak pulak janggal kerana saya ni macam nature lover lah, bila tengok pokok2 togel pun saya rasa macam cantik sangat.


Boston HarborWalk

Ralit perhatikan kapal2 yang berlabuh disini, warna air yang biru dan pink reflection dari matahari yang baru naik. Long Whaft ni adalah tourist spot sebab disini lah tempat ferry kalau nak pergi Whales watching atau nak kepulau2 yang berhampiran. Kalau nak tinggal di Hotel Marriots tu pun boleh, senang kalau nak pergi ke Quincy Market, Fanuiel Halls atau Hay Market. Perkhidmatan Troley pun banyak kat depan tu. Pilih aje yang mana berkenan dihati. Harga Troley summer lebih murah berbanding dengan musim lain. Kalau nak ke New England Aquarium dan Old State House Museum pun dekat, sebelah aje.

Long whaft
 Gambar2 yang saya ambil sebagai kenang2an.





Harborwalk
Pagi2 begini memang banyak burung disini. Ialah macam manusia lah juga nak breakfast. Dia pun nak cari makanan juga. Saya nak cerita sikit pasal burung ni, masa saya jalan2 tu ada seekor burung terbang lalu hinggap di atas rail tu. Hajat hati nak snap satu aje. Kalau saya datang dekat sure dia terbang. Peliknya tak terbang pun, saya datang selangkah demi selangkah sampai betul2 lens saya depan muka seagulls tu. Hasilnya wallaaaa.... saya memang excited dapat ambil gambar begini. Dulu bila tengok National Geography memang saya berangan2 kalau boleh saya dapat ambil gambar2 macam mereka. Sungguh cantik.





























Yang membuatkan saya seronok sekali bila perkerja2 yang bertugas di situ boleh berhenti dari perkerjaan yang dibuat mereka supaya tidak menakutkan seagulls tu dan bagi membolehkan saya merakamkan gambar2 diatas. Bila selesai mereka thumbs-up pada saya... saya tersenyum puas dan thumbs-up semula pada mereka. 




 


Columbus Park
Columbus Park (1976) ni, kecil aje tapi banyak kesan sejarahnya. Ia betul2 menghadap Marriots hotel tu. Masa kami baru2 sampai Boston dulu, kami menghinap di situ... bagusnya dalam musim winter, bila turun sekejap aje dah mengigil kesejukkan.

Quncy Market
Quincy Market sebenarnya tempat makan2, semua jenis makanan ada dijual disini. Asalnya pasar yang jual foodstuffs macam groceries store.. sekarang dah jadi tourist spot.


Bersenggang2 di kawasan ni aje dah setengah hari. Time to go.


Marsha