Thursday, October 27, 2011

Birthday Cake

Salam,


Kakak2 senior yang ada disini plan nak buat surprise birthday party buat adik Teruna yang dah lama menetap disini. Si Teruna ni khabarnya tak pernah celebrate birthday bagai dan katanya tak pernah ada birthday cake.. Kesian pulak mendengarnya.


Si Teruna ni agak close dengan kami kakak2 senior, sebab dia mempunyai charm nya yang tersendiri. Jadi bukan main manja lagi. Mendapat perhatian penuh dan sentiasa in the list kalau ada majlis makan2.


Saya ditugaskan membuat cake. emmm... saya buat kajian sikit apa bentuk cake yang sesuai buat si Teruna seorang ni. Aha..dah dapat idea.. Texudo cake !!!!!.. sebabnya.. texudo tu ala-ala bagi hint kat dia bila lagi nak tamatkan zaman bujangnya. he... he..he..


Hasilnya... jadilah macam ni.



Kalau nak buat cake yang berfondant, cake tu mestilah yang firm jadi boleh lah tahan berat fondant tu nanti. Cuba tengok disitu berapa layer fondant tu. White shirt, diatasnya vest dan texudo. Sudah semestinya berat berkilo-kilo. Fondant ni sebenarnya buat cantik aje, kalau nak makan? Mintak ampunn...Kalau cake lembut, alamat flat lah jadinya. Jadi saya pun buat marble cake, rasanya sesuai lah kot, combinasi butter and chocolate.


Saya mengambil masa membuat bahagian2 yang diperlukan dengan mengunakan parchment paper dulu. Mengalahkan tailor lah pulak. Iya.. tak bohong exactly macam baju sebenar. Yang menjadi mangsa adalah shirt dan coat Sang Suami.. 





Semua boleh makan tau, saya buat bow, collar, butterfly, bunga Lily dan tag tu dua tiga hari lebih awal, supaya kering dan boleh paint dengan edible coloring pulak.. prosesnya banyak dan remeh.. Oh..ya.. saya cover hardboard tu dengan fondant jugak.. embossed lagi..dengan itu baru lah nampak kemas dan perfect. 



Ramai yang bertanya macammana saya buat bow dan vest tu? bukannya apa dia ada texture..huhh..susah juga nak cerita...sebenarnya saya order edible paper yang bercorak begitu on line. Jadi bila saya buat bow tie tu saya layer kan sekali dengan edible paper tadi.. kena berhati2 sebab edible paper tu tersangatlah nipis, silap hari bulan koyak dan tak boleh pakai.. dan harganya boleh tahan...





Hadiah sepasang baju aje tak cukupkan, jadi saya fikir2 bagus juga kalau saya sertakan juga sejambak bunga. Kalau Teruna, bunga yang sesuai rasanya bunga yang nampak macho sikit kan. Lily menjadi pilihan saya. Bunga dan ribbon tu diperbuat dari Gumpaste, saya touch-up dengan edible coloring dan brush dengan super pearl supaya nampak glossy dan elegant. 








Kalau kita put some details to our work, mesti ia nampak lebih menarikkan. Jadi saya pastikan banyak details saya buat contohnya pada handkerchief, butterfly, border texudo dan board, buttons, tag nama dan yang penting sekali nampak tak jahitan pada texudo dan shirt tu... berjam2 saya membeleknya.. 






Walaupun memerlukan effort dan commitment untuk menyelesaikan sesuatu tugas, bila melihat hasilnya, hati berasa puas. Alhamdulilah Birthday Teruna dapat menyambut Hari Lahirnya yang ke...dan menjadi kenangan sampai bila2. 


Marsha

Wednesday, October 26, 2011

Pantuckaway State Park, NH

Salam, 


Summer yang lalu, kami dan beberapa keluarga yang lain merancang untuk camping di Pantuckaway, NH. Saya tak bercamping disana tapi cukup sekadar join mereka pada sebelah siang.


Nasib baik, sebab malam sebelumnya hujan turun dengan lebatnya, apalagi kalau tak betul pasang khemah alamat air sure masuk dan basahlah semua yang ada didalamnya. Macammana nak tidur kalau air dah mengalir masuk. Kata kawan saya mereka tak dapat tidur kerana kesejukkan.


Saya ditugaskan membawa sarapan pagi, dengan sukarelanya saya kata saya akan bawa nasi lemak siap dengan lauk2 sampingan termasuk rendang. Saya masakkan juga mee goreng mamak.


Pantuckaway State Park ni adalah dalam 2 jam perjalanan dari rumah. Kami sampai disana dalam pukul 9 pagi. Iya lah kata bawa sarapan pagi mestilah seawalnya kan.


Cuaca cukup baik dengan matahari memancar terang. Saya mengambil kesempatan mengambil gambar2 yang saya kira cukup menarik untuk dikongsi bersama.



Kayak dah tersedia, anak2 macam takut2 berani nak berkayak. Sebenarnya mereka tak pernah cuba berkayak sendiri. Tapi pada hari tu, mereka adik-beradik berkayak. Dalam hati saya kata, habislah kalau tak betul2 alamat berpusing2 aje lah ditengah2 tasik tu. Kalau terbalik seorang pun tak pandai berenang. Kenyanglah minum air tasik yang sejuk tu. Siapa nak tolong, saya mampu gelak sambil ambil gambar aje lah. Tapi mereka dengan confidentnya berkayak mengelilingi pulau2 kecil disitu. Lama juga lah saya menunggu ditepi jeti tu. Risaupun ada.








Ini sekumpulan Canadian Geese. Biasanya Geese ni akan terbang ke selatan mencari tempat yang lebih nyaman dan makanan berbanding dengan North yang sejuk. Geese ni memang banyak, yang peliknya orang2 disini tak pulak menganggunya. Saya selalu kata, wahh.. kalau kat tanahair ni dah selamat dalam kuali jadi rendang..





Reflection pokok2 tu cantik sekali. Saya suka menikmati udara nyaman disitu, dengan permandangan nya yang indah.






Demi keselamatan, campers tak dibenarkan mandi di tasik ini pada hari tu, katanya highly bacteria sebab najis2 geese tu. Tapi ramai yang tak endahkan larangan tu.. mereka mandi juga. Tak apalah kalau badan dia orang dah gatal2 nanti, dia orang berhentilah.







Saya sekeluarga berada disini sehingga tengahari aje, sebab ada agenda lain hari tu. Kami nak ke Rhode Island, tengok Water Fire. Kebetulan pulak malam menyambut Ramadhan. Seronok juga kerumah seorang kawan malam itu, disambut dengan nasi beryani lagi... Alhamdulilah...

Tuesday, October 25, 2011

Kuih Melayu

Salam,

Kuih Melayu, manisan kegemaran. Masalahnya tak pandai nak buat. Bila nak buat aje.. tiba2 rasa fobia sangat. Selalu tengok resepi, nampak macam senang. Iya lah kan bahan2nya pun simple aje, semua dah tersedia didalam almari. Bila first try, entah apa2 jadinya... cuba punya cuba.. hasilnya Walllaaaa...

Karipap: Inti daging, ayam dan sardin menjadi kegemaran, mula2 guna acuan yang dah siap klim tepi tu..tak best!!! nak tahu sebab apa? bila goreng semuanya senyum belaka.. habis isi perutnya terkeluar.. hmmm... kemudian intai2 dan tolong2 kawan klim karipap.. ahaa... lama2 dah pandai dah...





Sekarangni, kalau buat mesti 2-3 aduan sekali dan frozenkan.. senanglah kalau ada orang datang mengejut adalah benda nak dihidangkan. Satu lagi ia juga menjadi kegemaran anak2, mana cukup sekeping-dua.. kalau buat sendiri kan muai..

Puteri Salat atau kuih Seri Muka: Teringat kalau pergi warung2 yang juah kuih, kuih Serimuka ni menjadi pilihan utama. Dulu kalau nak buat sendiri, mesti rasa susahnya lah hai, mana nak kukus pulut lagi, buat custardnya lagi. Malahan nak kukus pulutpun tak tahu macammana. Tapi cuba jugak lah. Mula2 tu lembik, sebab masuk air dari tudung kukusan. Talipon mak, dia kata balut kukusan tu supaya air tak menitis balik dalam loyang. Sekarangnya dah kira expert dah.. malahan custardnya pun, buat layer lagi...







Kuih Lapis: Kuih lapis ni pun kuih yang paling saya dan anak2 suka. Masa saya kecil2, kita orang panggil kuih bangunan. Paling best sekali boleh tarik selapis2. Bahan2 nya pun mudah sangat, tak ada masalah nak cari. Rice flour boleh beli di Stop&Shop atau pun di China Town. Rice Flour made in Thailand lagi, Cop gajah...








Masukkan dalam tray macam gambar tu sebab kawan tolong buatkan. Best part she paid for the kuih.. hu.. hu.. hu terharu berniaga kuih melayu lagi.




Kuih Keria: Anak2 panggil kuih ni Donut Malaysia. Mula2 dia orang tak berapa suka, katanya texturenya rasa lain tak macam Dunkin Donut. Memang lah Donut ni dari Sweet potato mana nak sama.. lama2 yang si Girl pun dah berkenan. Sira pula dengan gula. Bulan puasa makan kuih ni masa berbuka.. emmmm tak lah rindu dengan pasar Ramadhan.








Kuih Bom: Tengok2 resepi, adunannya macam kuih keria aje,bezanya bentuk bulat, ada inti samada inti kelapa atau kacang hijau atau merah dan disalut dengan bijan. emmm.... apa lagi rasanya inti kelapa untuk kuih ketayap beberapa hari yang lalu masih ada. Tanpa berlengah rebus keledek, maka jadilah kuih bom.. Si anak2 lelaki gembira dapat rasa kuih2 tradisional tapi girl ni kena introduce perlahan2, masih belum nak cuba.








Banyak lagi kuih2 melayu ada dalam senarai.. nanti saya tunjukkan lagi.


Marsha



Friday, October 21, 2011

Apple Picking



Salam,


Tengok dalam FB kawan, seronoknya dapat petik apple. Tak boleh jadi ni... sekarang tengah musim, rugi kalau tak pergi alamat kena tunggu setahun lagi lah nampaknya. Selalu nya dalam bulan Ogos-Sept. Apa lagi, tengok2 website... hahh..macam best aje orchard ni sebab pear pun ada. 


Rancang punya rancang, saya kata nak experience di Honey Pot Hill Orchards pulak. Saperti biasa saya ni terlebih excited. Bangun aje pagi, hujan tengah turun dengan lebatnya. Dalam hati kata, tak ada reseki lah nak makan apples hasil petikan sendiri. Perkena nescafe secawan dan biskut aje dulu sambil mengadap komputer. Tengok2 apa berita bagus..


Tiba2 hujan berhenti dan matahari memancar terang, lebih kurang cuaca kata " Hi, Good Morning". Apa lagi, arahkan semua siap2 untuk ke Honey Pot Hill. 


Orchards ni tak lah jauh dari rumah, makan masa 30-35 minit perjalanan saja. Macam2 activities ada disini, selain apple picking, hayrides, ponyrides, hedge maze, pumpkins pun ada.. 


Sampai aje disana, eh..eh...ramai pulak, ingatkan tak ada orang. Kereta dah penuh di parking lots, ada yang dah nak balik pun... dia orang ni lagi advance.


Ada kolam kecil, menyambut kami

Ini lah dia Hayrides
Hayrides ini macam tractor lah, kami2 ni kena duduk atas hay. Itu sebab panggil Hayrides kot. Kena bayar tau.. 1 dollar seorang.













TMacouns, MacIntosh, Cortland, Empire, Spencer and Red Delicious ada kat sini. Macam nak tercabut gigi dibuatnya, fresh, juicy and crunchy. Boleh makan banyak mana nak, tapi kalau nak bawa balik.. sila bayar.


Wallaaa... hasil petikan kami.. dalam hati nak buat apa dengan apple2 ni.. apple pie, apple cake, pear pie.. hu...hu..hu... seronoknya.










Cantik tak rumah ni? betul2 mengadap orchards. rasa2 macam rumah tuan punya orchard. Farmers di tanahair, apa lagi usaha lebih sikit.. buat rumah macam ni. Wow.. cantikk sangat.


Marsha





Thursday, October 20, 2011

Pantai Massachusetts

Salam,


Musim panas yang lalu, terfikir mana nak bawa budak-budak ni jalan.  Fikir punya fikir, rasanya nak explore pantai2 yang ada di Massachusetts.... emmm apa lagi google lah jalan pintas yang paling mudah zaman terkini.


Pagi-pagi dah bangun, sebenarnya saya yang paling teruja kalau nak pergi outing berbanding dengan ahli keluarga yang lain.. mereka ni mengikut aje. Biasalah anak-anak remaja zaman sekarang kalau boleh menghadap computer merupakan nikmat pada mereka. Bagusnya mereka tak pula membantah kalau saya nak ketempat2 begitu.. Alhamdulilah. Saya suka menikmati keindahan alam, seronok sekali.


Tempat pertama dituju: Gloucester, MA


Gloucester harbor ni menghadap Lautan Atlantic, jadinya mestilah cantik. Banyak boat2 kecil berlabuh disitu. Malang sekali bila kami sampai disana cuaca tak begitu terang kalau nak bergambar. Tapi keseluruhannya Gloucester ni mempunyai karektor yang amat mendamaikan.










Pusing2 gambil gambar dan tengok bandar Gloucester lebih kurang, kami terus kan perjalanan menyusur pantai lalu singgah di Marblehead Beach.


Marblehead Beach, MA: Tempat ni adalah tempat orang ber yacht, kira2 baguslah untuk family outing. Tak lah jauh dari Boston, lebih kurang 17 batu aje.














Rumah2 persendirian yang ada disini, amat mengkagumkan, cantik dengan landscaping yang rasa macam taman bunga lah pulak. Bagusnya kita boleh nampak keseluruhan rumah mereka dengan jelas tanpa dilindungi tembok2 tinggi. Keselamatan terjamin... 


Pusing punya pusing tak terasa matahari dah condong. Patutlah perut pun kata; "bila nak isi ni". Kami berhenti lah sekejap makan2, apa kata menjamu selera dengan lobster roll, Calamari, lobster wrap, dan desserts. emmm... yummmyyy...




 

 




Perut dah kenyang, apa lagi teruskan destinasi lain pula.


Tempat ke 3: Rockport, MA


Rockport ni kira the best of the three places, nak tahu kenapa? Bila kami sampai disana, angin sepoi2 bahasa, tak sejuk dan tak panas maklum lah port dan matahari memancar  terang. Gambar apa lagi, lighting cukup... best.. best...


Rockport ni banyak kesan sejarahnya pada Amerika.. kalau nak tahu, rajin2 lah tekan punat keyboard tu. he..he..he.. Kalau saya nak cerita panjang, sampai bila tak habis. Itu lah sebabnya sehingga hari ni tempat ni jadi tourist spot.








 









Ralit dengan kejadian tuhan, saya rasa cukuplah untuk hari itu.  Seharian keluar sampai lah masanya nak balik rumah. Nanti saya ceritakan lagi tempat2 menarik yang saya pergi. Kita jalan-jalan lagi ya.


Marsha